Home » Kerajaan perlu diubah jika memudaratkan rakyat dan negara
Politik Sudut Pandangan

Kerajaan perlu diubah jika memudaratkan rakyat dan negara

Pada 11 Mei 2018, Kerajaan pimpinan Warisan secara tidak rasmi telah terbentuk apabila enam Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Sabah mengumumkan menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) .

CONTOH kerajaan yang perlu diubah dipertengahan jalan adalah kerajaan Sabah yang diterajui Datuk Shafie Apdal yang dibentuk menerusi pintu belakang pada 12 Mei 2018.

Antara sebab utama kerajaan yang ditunjang belakangi parti Warisan, kerana didapati pengurusan negeri baik daripada segi pentadbiran dan pengurusan ekonomi tunggang langgang.

Cara pemerintahan  era Warisan tidak mengikut lunas-lunas pengurusan melainkan lebih teruk daripada cara “cowboy”.

Melihat keadaan itu, adalah tanggungjawab wakil rakyat yang masih cintakan rakyat dan negeri pada masa itu untuk bertindak demi menyelamatkan negeri dan rakyat.

Semasa era Warisan, julung kalinya, sejak Sabah merdeka, seorang bukan kelahiran Sabah dilantik sebagai ADUN dilantik, sebagai Presiden Majlis Perbandaran, kemudian itu seseorang bukan penjawat awam dilantik sebagai Pengarah sebuah Jabatan Kerajaan.

Tidak berhenti di situ, pelantikan pegawai awam untuk jawatan-jawatan kritikal dibuat sesuka hati termasuk meletakkan seseorang ranking bawah untuk jawatan tertinggi.

Bukan itu sahaja cara kerajaan mengagihkan bantuan semasa PKP hanya fokus pada penyokong parti, malah yang paling memeranjatkan rakyat apabila LOGO WARISAN dibina didepan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (PPNS) kini Menara Kinabalu, sebagai manifestasi slogan parti itu SABAH KITA PUNYA.

Malangnya slogan itu bukan untuk rakyat negeri secara keseluruhan melainkan hanya penyokong parti.

Pada era kerajaan sekarang, iaitu kerajaan Perpaduan, tiada isu atau faktor yang dirasakan dibuat kerajaan boleh memudaratkan rakyat dan negara, melainkan yang merasa bahang berkaitan pemerinatahan negara adalah para pemimpin yang pernah mendapat kuasa dan kedudukan, malah termasuk juga mereka yang ada kedudukan dan kuasa.

Melihat pemerintahan hari  ini walaupun telah lebih setahun belum terasa sangat kesanya pada kehidupan rakyat, tetapi, setidak-tidaknya telah mengurangkan mereka yang sekelip mata berubah daripada segi gaya hidup.

Tindakan seperti pelaksanaan subsidi bersasar, selain memastikan rakyat yang benar-benar layak, juga membenteras ketirisan dan wang yang bakal diselamatkan boleh digunakan untuk menaik taraf kemudahan awam atau aktiviti ekonomi yang membuka peluang pekerjaan.

Melihat gerakan menyiasat tindakan kerajaan lalu, walaupun tindakan lalu itu kelihatan betul, seperti pelaksanaan janawibawa, promosi tabir urusan kerajaan yang menelan belanja ratusan juta ringgit, kerana ianya secara umumnya tidak menyumbang pada kehidupan rakyat secara menyeluruh melainkan hanya pihak-pihak tertentu yang boleh dikira dengan jari bukan sahaja tepat akan tetapi dipastikan untuk tidak berulang.

Tindakan Kementerian Pengangkutan Persekutuan untuk memansuhkan Pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya yang menelan belanja ratusan ribu ringgit adalah satu tindakan tepat kerana wang sebanyak itu boleh digunakan untuk keperluan rakyat yang memerlukan.

Melihat tindakan kerajaan Perpaduan hari ini, yang kelihatan menutup peluang menggunakan politik sebagai sumber untuk menumpuk kekayaan, pihak-pihak yang terkesan yang masih mempunyai dana cuba melabur dengan menggantikan kerajaan untuk kembali pada kerajaan yang boleh meneruskan praktik lama, money make money.

Dalam kerajaan hari ini, walaupun mereka itu “terpaksa” menyokong kerana kuasa, akan tetapi kuasa yang ada hanya berbentuk perkhidmatan, tidak boleh membantu penyokong ataiu kroni masing-masing, kerana cara demikian bukan lagi pendekatan.

Kerana cara pemerintahan dan pentadbiraan yang amat berbeza berbanding yang lalu-lalu, maka pihak tertentu yang biasa dengan pemerintahan pentadbiraan itu cuba mengatur berbagai gerakan menjatuhkan kerajaan sebagai bentuk amaran agar kepimpinan tertinggi kerajaan tidak mengabaikan kebiasaan yang telah berdekad diamalkan.

Malangnya mereka itu cuba mencari kambing hitam dan memalitkan imej negatif pada pihak lain yang benar-benar komited pada kestabilan dan kekukuhan kerajaan.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment