Home » Ratusan GLC negeri beroperasi rugi
Politik Sudut Pandangan

Ratusan GLC negeri beroperasi rugi

Kenyataan Masidi disalahgunakan oleh penyokong pembangkang sebagai satu kegagalan kerajaan GRS adalah tidak tepat, kerana keadaan syarikat-syarikat tersebut adalah demikian berdekad lamanya, atas sebab matlamat penubuhan syarikat-syarikat itu bukan semata-mata bermatlamat keuntungan akan tetapi tanggungjawab sosial adalah keutamaan. (Gambar Hiasan)

PENULIS hanya terbaca laporan akhbar yang memetik Menteri Kewangan Negeri Datuk Seri Panglima Masidi Manjun bahawa ratusan syarikat terkait kerajaan (GLC) beroperasi rugi.

Menerusi laporan itu, secara pantas penyokong Parti Warisan menuding jari pada Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah sebagai kerajaan gagal.

Mereka yang menuding jari itu tidak menjelaskan latar belakang dakwaan mereka sebaliknya bertindak menuduh melulu.

Syarikat-syarikat yang merugi itu adalah sebahagian syarikat yang telah diwujudkan berdekad lalu yang bertujuan serampang dua mata, selain bermatlamat keuntungan juga tanggungjawab sosial.

Menteri Kewangan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun

Tujuan kerajaan mengwujudkan syarikat-syarikat demikian sebagai perantara, mengurus, mengatur, inisiatif, bantuan kerajaan pada kelompok sasar. Kerana sebab itu, walaupun syarikat-syarikat beroperasi merugi setiap tahun akan tetapi dikekalkan, kerana menutupnya akan mewujudkan masalah baru yang lebih besar antaranya ramainya kehilangan sumber pendapatan.

Memang betul, syaraikat-syarikat yang menlaksanakan obligasi sosial dan pada masa sama beroperasi bermatlamat keuntungan, malangnya, “core business” syarikat-syarikat itu tidak mampu mencipta keuntungan yang melepasi amaun obligasi sosial yang disalurkan, sehinggakan kadangkala terpaksa memohon suntikan modal daripada kerajaan.

Mekanisme membantu rakyat oleh sesebuah kerajaan boleh menerusi kementerian-kementerian secara langsung, dan kementerian-kementerian menubuhkan agensi-agensi tertentu untuk tujuan tertentu berasaskan “core business” yang dikenal pasti.

Menerusi penubuhan agensi-agensi yang bercorak perniagaan adalah mekanisme yang digunakan secara tidak langsung oleh kerajaan, kerana kerajaan tidak menjalankan perniagaan.

Menerusi meknisme penubuhan syarikat atau agensi, setidak-tidaknya suntikan modal dapat digunakan dan membuahkan kesan berganda, walaupun hasilnya daripada segi mencipta keuntungan tidak mencapai sasaran untuk membayar dividen pada pemodal, iaitu kerajaan.

Penubuhan agensi/syarikat-syarikat kerajaan adalah tindakan kerajaan secara langsung pengwujudan peluang-peluang pekerajaan dan perniagaan. Sebab itu, menerusi ratusan GLC, ribuan rakyat dapat dipekerjakan, ratusan perniagaan terlibat.

Kenyataan Menteri Kewangan Negeri, sebenarnya sebagai bentuk galakan kepada GLC berkenaan, kerana apabila dapat mencipta keuntungan, bukan sahaja dapat meningkatkan obligasi sosial, akan tetapi dapat menyediakan banyak peluang-peluang pekerajaan dan bonus jika boleh membayar dividen kepada kerajaan.

Kenyataan Masidi disalahgunakan oleh penyokong pembangkang sebagai satu kegagalan kerajaan GRS adalah tidak tepat, kerana keadaan syarikat-syarikat tersebut adalah demikian berdekad lamanya, atas sebab matlamat penubuhan syarikat-syarikat itu bukan semata-mata bermatlamat keuntungan akan tetapi tanggungjawab sosial adalah keutamaan.

Mana-mana syarikat yang dipertanggungjawab berkaitan sosial, tidak patut dipersalahkan, jika beroperasi merugi atau “break-even” kerana demikian lah perjalanan syarikat-syarikat yang berorentasi demikian.

Menjadi tugas pemimpin politik yang dilantik pada syarikat/agensi yang beroperasi rugi itu untuk menerangkan/menjelaskan pada rakyat agar rakyat tidak terhasut dengan dakwaan pembangkang dengan menuduh kerajaan GRS gagal.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment