Home » Fadillah tiba untuk lawatan kerja tiga hari
Berita Tempatan Politik

Fadillah tiba untuk lawatan kerja tiga hari

KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof, tiba di sini semalam untuk lawatan kerja rasmi 3 hari ke Sabah.


Ketibaan beliau di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) disambut oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah, Datuk Seri Panglima Kadzim M. Yahya, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Panglima Sr. Safar Untong dan Pengerusi Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) Datuk Wilfred Madius Tangau.


Beliau yang  juga Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam, kemudian menghadiri Sesi Taklimat Status Pelaksanaan Projek Persekutuan di Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah.

DOA: Fadillah (dua kiri) dan pemimpin lain mengaminkan bacaan doa yang dipimpin Penolong Pengarah Bahagian Dakwah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah, Alwie Noorbaki (kanan).


Selepas itu, beliau mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu, Teluk Likas.


Mengiringi lawatan kerja beliau adalah Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick.


Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor secara simbolik menerima Kuasa Kawal Selia Bekalan Eletrik Sabah daripada Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga Dan Daya Guna Awam, Dato’ Sri Haji Fadillah Yusof pada majlis simbolik penyerahan di Menara Kinabalu, Kota Kinabalu pada Jumaat.

— TAMAT