Home » Pembunuhan karakter semakin bermaharajalela
Politik Sudut Pandangan

Pembunuhan karakter semakin bermaharajalela

Terbaharu, ekoran viralnya jalan Kg Magandai, Kota Marudu, maka laman facebook pro Parti Warisan, Mawar Channel, membuat berbagai dakwaan berkaitan kontraktor yang melaksanakan projek tersebut, dan menghubungkaitkannya dengan Pembantu Menteri KKR, Datuk Limus Jury.

SEPATUTNYA mana-mana individu atau pemimpin yang ditangkap, direman, disiasat, selagi tidak dituduh di mahkamah, ertinya, TIADA SEBARANG KESALAHAN dilakukan. Jika pun dituduh di mahkamah selagi belum didapati bersalah, maka kekal tidak bersalah.

Nampaknya, mereka yang ingin mendapat sokongan rakyat, menyasarkan pemimpin-pemimpin tertentu, dengan berbagai dakwaan, termasuk berkaitan projek-projek kerajaan, untuk mengwujudkan persepsi negatif terhadap pemimpin tertentu tersebut.

Di Sabah, baik pemimpin pembangkang atau kerajaan ada yang terlibat mengurus projek-projek kerajaan. Kerana kedudukan mereka itu, ada yang ditangkap, direman, disiasat, akan tetapi, hanya segelintir yang di tuduh di makamah, ada yang dibebaskan dan dilepaskan, ada yang didapati bersalah.

Terbaharu, ekoran viralnya jalan Kg Magandai, Kota Marudu, maka laman facebook pro Parti Warisan, Mawar Channel, membuat berbagai dakwaan berkaitan kontraktor yang melaksanakan projek tersebut, dan menghubungkaitkannya dengan Pembantu Menteri KKR, Datuk Limus Jury. Channel itu cuba menggambarkan bahawa ADUN Kuala Penyu itu sebagai seseorang yang tamak, sedangkan selepas sahaja menjadi ADUN, beliau telah melepaskan semua kepentingan pada syarikat yang pernah diasaskan.

Mempersoalkan kontraktor yang melaksanakan projek-projek yang disebutkan seolah-olah mempersoalkan kewibawaan pihak yang memberikan projek itu.

Sebahagian daripada posting Mawar Channel yang disiarkan di facebook yang meburukkan Shahelmey dan Limus barau-baru ini.

Adalah perbuatan jijik, menuduh seseorang yang tiada lagi hubungkait dengan kontraktor yang mendapat projek-projek itu.

Teramat bodoh admin channel itu, kerana tidak mengaku bahawa mana-mana projek mesti ada kontraktor pelaksana. Tidak mungkin sesebuah projek boleh disiapkan tanpa kontraktor.

Ini lah masalahnya, apabila parti Warisan hanya menghimpun mereka yang berhati busuk dan dengki, seperti mata lalat, hanya minat dengan yang busuk-busuk.

Bagi mereka yang berhati bersih, tentunya berbangga akhirnya jalan perhubungan menghubungkan kampung terpencil itu dengan kawasan sekitar terealisasi apabila siap kelak.

Kepada rakyat Sabah jauhkan diri daripada parti yang dipenuhi lalat, untuk tidak terjangkit perbuatan busuk dan kotor.

Mawar Channel (kiri) merupakan laman Facebook pro Warisan (kanan) yang aktiv menyebarkan propaganda anti GRS.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News