Home » Kerajaan disarankan terus bantu golongan wanita dalam bidang perniagaan yang diceburi – Jonathan
Berita Tempatan

Kerajaan disarankan terus bantu golongan wanita dalam bidang perniagaan yang diceburi – Jonathan

Jonathan berkata, peranan wanita hari ini semakin penting khususnya membantu membiayai ekonomi keluarga dan meningatkan ekonomi negara, justeru kerajaan harus membantu ke arah mencapai wanita berjaya yang boleh berdikari tanpa bantuan daripada pihak AIM dan kerajaan.

RANAU: Mantan Timbalan Menteri Dalam Negeri II, Datuk Jonathan Yasin, menyarankan kepada Kerajaan Negeri Sabah, supaya terus memberi keutamaan kemudahan dana kepada wanita di Sabah bagi membantu golongan itu memajukan bidang perniagaan mereka meskipun secara kecil-kecilan.

Menurut Jonathan, peruntukan berjumlah RM1.2 bilion daripada kerajaan pusat hasil Cukai Petroleum  kepada Kerajaaan Negeri Sabah perlu diagihkan juga kepada golongan wanita bagi meningkatkan ekonomi untuk membantu menampung kos sara hidup keluarga golongan wanita.

“Kita mengharapkan kepada kerajaan pusat supaya menambahkan lagi dana sehingga RM2.2 bilion (hasil Petroleum) pada tahun hadapan untuk digunakan bagi menampung keperluan Infra pembangunan Negeri Sabah termasuk pemberian dana kepada golongan wanita untuk memperkasakan perniagaan dan perusahaan mereka”, jelasnya.

Beliau berkata, peranan wanita hari ini semakin penting khususnya membantu membiayai ekonomi keluarga dan meningatkan ekonomi negara, justeru kerajaan harus membantu ke arah mencapai wanita berjaya yang boleh berdikari tanpa bantuan daripada pihak AIM dan kerajaan.

Jonathan berkata demikian ketika merasmikan Hari Keluarga Amanah Ikthiar Malaysia (AIM) Peringkat Daerah Ranau di Padang Pekan Ranau baru-baru ini yang dihadiri lebih seribu ahli ‘Sahabat’ AIM kawasan Ranau dan Kundasang.

Jonathan yang juga mantan Ahli Parlimen P.179 Ranau, memuji Jawatankuasa AIM khususnya Lembaga Perwakilan Sahabat (LPS) daerah Ranau kerana berjaya mengelola program itu tahun ini, selepas terhenti kira-kira dua tahun lepas berikutan pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia.

“Saya mengharapkan program ini dapat meningkatkan perpaduan dan persaudaraan dikalangan LPS dan menjadikannya sebagai tunjang  meningkatkan perusahaan serta perniagaan yang diceburi ke arah kecemerlangan,” katanya,

Sementara itu, Jonathan turut menyeru golongan wanita di Ranau supaya bijak memilih pemimpin pada PRU-15 akan datang.

“Walau siapapun pemimpin yang bakal bertanding pada PRU15 tidak lama lgi, itu terpulang  individu membuat pilihan yang terbaik,” ujarnya.

Hadir sama Ketua Lembaga Perwakilan Sahabat (LPS) merangkap Pengerusi Jawatankuasa pengajur, Roselinayati Abdullah, Pengurus Cawangan AIM Ranau, Rujin Mohd Din, Ketua Daerah Ranau, Muhasip Roman, Penaung Kelab Usahawan AIM Ranau, Datin Jaini Majid, Pengerusi Kelab Usahawan AIM Ranau, Dayang Ainon Mohd Salleh, Ketua-Ketua Blok, Ketua-Ketua Unit dan semua Sahabat AIM Ranau-Kundasang.

EDITOR

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment