Home » Calon menang pilihan raya bebas tentukan haluan sendiri
Politik Sudut Pandangan

Calon menang pilihan raya bebas tentukan haluan sendiri

Pada Pilihanraya Negeri Sabah ke-16, majoriti rakyat Sabah memberi mandat pada GRS-BN memerintah.

WALAUPUN Perlembagaan memasukan Akta Lompat parti, akan tetapi wakil rakyat bebas menentukan haluan sendiri.

Wakil rakyat yang memilih haluan sendiri kekalkan kerusi disandang asalkan tidak keluar daripada parti yang diwakili.

Sebab itu penulis berpandangan selepas keputusan pilihan raya diumumkan hak langsung pengundi dan parti yang diwakili sudah berakhir untuk penggal itu.

Jika parti yang diwakili memecat atau menggantung keahlian seseorang wakil rakyat yang mewakili parti, maka tidak menyebabkan kerusi yang disandang kosong.

Makna kata, selepas sahaja keputusan pilihan raya, wakil rakyat yang dipilih, mempunyai prerogatif menentukan haluan.

Di masa akan datang, senario ini akan berlaku, kerana tiada halangan mana-mana wakil rakyat dipilih menentukan haluan sendiri.

Kebarangkalian wakil rakyat yang dipilih mengubah sokongan berlaku jika jumlah kerusi antara parti yang bersaing tidak jauh berbeza. Jika wakil rakyat mengubah haluan itu merasakan kelebihan lebih banyak secara pribadi apabila mengubah haluan atau sokongan, maka menjadi dorongan.

Atas sebab isu sedemikian, parti-parti perlu berhati-hati dalam pemilihan calon, kerana akan berlaku wakil rakyat mengubah pendirian berbeza dengan parti yang diwakili.

Dalam senario politik sekarang, seseorang wakil rakyat cukup sepenggal pun sudah merupakan satu pencapaian, kerana tiada jaminan akan kekal pada pilihan raya berikutnya.

Halangan mereka samada parti mereka sendiri tidak mencalonkan semula atau pengundi menolak jika dicalonkan semasa pilihan raya.

Dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) walaupun secara teorinya, semua parti terikat kukuh, tiada jaminan, jika wakil rakyat daripada parti tertentu tidak mengubah haluan, jika kehendak parti tidak dipenuhi, sebaliknya pihak lain memenuhi kehendak atau keinginan itu.

Rekod lalu seperti tindakan kumpulan Datuk Bung Moktar Radin kerana parti Warisan menyokong agar Pengerusi Umno Sabah itu dilantik sebagai Ketua Menteri maka menarik sokongan daripada kerajaan GRS-BN pada 6 Januari, sedangkan tersangat jelas, majoriti rakyat Sabah memberi mandat pada GRS-BN memerintah.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kena ambil maklum, tidak mustahil pemimpin parti komponen gabungan itu yang mahu relevan dalam politik negeri, kerana latar belakang mereka yang ditolak rakyat menerusi pilihan raya, apabila ada peluang lebih baik akan mengambil peluang itu dengan membelakangkan pemimpin atau parti yang menjadi batu loncatan.

Kena waspada, kerana kepentingan semuanya boleh berubah, apa tah lagi jika parti tertentu itu ada kerusi, maka dijadikan sebagai asas mengugut atau mengubah haluan.

Daripada 7 parti komponen GRS, kebarangkalian tinggi Gagasan Rakyat akan memberi laluan kepada pimpimpin parti tertentu di kawasan yang sepatutnya ditandingi parti itu termasuk kebarangkalian dikawasan penyandang.

Penulis maklum atau banyak juga maklum, kawasan-kawasan selamat bagi GRS sangat jelas, akan tetapi di kawasan-kawasan sedemikian, bukan sahaja rebutan antara pemimpin separti akan tetapi pemimpin parti komponen, yang menyebabkan ada penyandang merasa terancam untuk tidak dicalonkan kerana terpaksa memberi laluan pada pemimpin parti tertentu.

Jika berlaku tindakan memberi peluang pada pemimpin tertentu dan terpaksa korbankan penyandang, ianya boleh menjadi krisis, dan berkemungkinan akan berlaku kekalahan di kawasan yang sepatutnya selamat.

Ada lah isu biasa, apabila sesuatu gabungan parti seperti GRS yang terdiri daripada berbagai parti, tentunya setiap parti mempunyai keinginan meletakan calon di kawasan-kawasan yang dikenalpasti, akan tetapi kerana jumlah kerusi yang terhad maka berlaku ada yang berkorban dan yang terkorban.

Bagi parti yang daripada awal menyandang kerusi, maka agihan kerusi hanya mengekalkan status quo, dan seterusnya berunding bagi kawasan-kawasan yang tidak disandang. Akan tetapi bagi parti-parti yang tidak mempunyai kerusi yang disandang, maka jika bersetuju pun diberikan kerusi yang disandang parti lawan, akan tetapi, berhadapan dengan elemen bukan lubuk, dan menjadi calon pun di kawasan sedemikian sama lah menjerat leher sendiri.

Keadaan sekarang tidak sama dengan era Allahyarham Tun Mustapha Datu Harun, asal calon tidak diambilkira sangat, asalkan bertanding menggunakan lambang parti maka penyokong memberi undi. Era sekarang sangat bergantung pada elemen dua faktor iaitu calon tempatan-suku majoriti setempat.

Ada lah dirasakan semasa rundingan agihan kerusi antara komponen GRS, akan berlaku perbincangan yang amat serius dan tegang, sekalipun di luaran hubungan antara pemimpin parti akrab dan kukuh. Keadaan demikian belum lagi melibatkan agihan antara GRS dan parti lain yang berkemungkinan bekerjasama.

Penulis memberi gambaran apa yang bakal berlaku, kerana riak-riak atau isyarat bahawa keadaan ini semakin jelas dan nyata bakal dihadapi pucuk pimpinan.

Pesan penulis, apapun kaedah yang dipilih pucuk pimpinan, jangan terpilih mereka yang akan membelakangkan prinsip dan memilih haluan sendiri seperti mana berlaku PASCA PRU14 Sabah, kerana tindakan kawan sendiri kerajaan yang ditubuhkan tumbang. Fikir-Fikirkan.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment