Home » Lantikan baru penjawat awam tidak berpencen
Politik Sudut Pandangan

Lantikan baru penjawat awam tidak berpencen

Kerajaan akan melaksanakan pengambilan penjawat awam secara lantikan kontrak sehingga inisiatif kaedah lantikan baharu diperkenalkan bagi mengukuhkan lagi sistem saraan perkhidmatan awam di negara ini.

BERMULA 1 Februari 2024, semua lantikan penjawat awam tidak lagi berpencen melainkan sama seperti lantikan swasta yang mencarum pada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Dalam skim berpencen, penjawat awam yang disah dalam jawatan wajib mencarum 17.5 peratus pada Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), ertinya mereka juga penyumbang kepada bayaran pencen yang mereka terima selepas bersara.

KWAP menggunakan caruman itu untuk melabur untuk memastikan pulangan yang mencukupi untuk menampung bayaran pencen. Kaedah demikian juga digunapakai KWSP untuk memastikan caruman pencarum boleh menampung kehidupan selepas bersara.

Dengan adanya KWAP, pada hakikatnya, tanggungan pencen tidak sepenuhnya liabititi atau tanggungan kerajaan. Jika dana KWAP dapat mengumpul pulangan cukup, sepatutnya kerajaan tidak terbebanpun, kecuali lah kumpulan itu tidak berkeupayaan mengurus dana.

Pemansuhan skim berpencen pada penjawat awam, menggambarkan bahawa jawatan penjawat awam itu merupakan liabiliti pada negara, sedangkan ianya merupakan enjin utama pada pentadbiran negara. Ibarat sebuah kereta, tanpa enjin, kini tenaga elektrik, tanpa itu semua, kenderaan tidak bergerak.

Tidak pelik, jika ramai yang terkejut, apabila penjawat awam dilihat sebagai liabiliti pada negara, kerana isu bayaran pencen.

Penulis melihat ada isu tersirat mengenai polisi baharu ini, kerana rekod penjawat awam sebahagian besar daripada golongan bumiputera. Untuk mengelak pengelompokan sektor pekerja, maka dengan tiadanya skim berpencen, maka setiap pencari kerja, dapat mempertimbangkan pilihan, kerana sistem penggajian ada lah serupa.

Dalam skim caruman KWSP tiada ikatan peraturan tertentu, walaupun sesuatu itu tetap, akan tetapi, tiada halangan untuk bertukar kerjaya, kerana tiada ikatan jawatan berpencen.

Kerana kerajaan juga mengunapakai skim KWSP, maka mereka yang berjawatan tinggi dalam kerajaan seperti KSU, tiada halangan untuk bertukar kerja termasuk pada jawatan swasta, kerana dalam skim KWSP, setiap pergerakkan imbuhan diambilkira.

Di masa depan, jawatan kerajaan, boleh diibaratkan sebagai tempat latihan sebelum bertukar jawatan atau kerjaya ke swasta, kerana swasta mengutamkan pengelaman.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment