Home » MSN bantu perkasa sukan peringkat sekolah di Sabah
Berita Tempatan

MSN bantu perkasa sukan peringkat sekolah di Sabah

PERANCANGAN: Mohd Safrushahar ketika mengadakan perbincangan takwim sukan sekolah 2024.

KOTA KINABALU: Sesi percambahan idea bagi merancang program dan takwim khas 2024 menjurus kepada empat jenis kursus yang diadakan selama tiga hari bermula 24 Januari lepas.

Empat jenis sukan itu termasuklah ragbi, bola Sepak, hoki dan bola Jaring dan semua kursus itu dianjurkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN).

Pengarah Bahagian Bakat Dan Pembangunan Wanita MSN Mohd Safrushahar Yusuff berkata, semua peserta kursus ini diharap dapat merancang program sepanjang tahun bagi menyediakan atlet dalam sesuatu kejohanan.

Katanya, kursus berkenaan disertai peserta dari daerah Kota Belud, Kota Kinabalu, Lahad Datu, Keningau, Labuan, Tawau dan Sipitang.

Mohd Safrushahar berkata, kursus itu bertujuan untuk merancang aktiviti sepanjang tahun bagi sukan ragbi, bola sepak, bola jaring dan hoki, selain penyelarasan takwim sukan-sukan lain.

Katanya, ia juga bermatlamat untuk menilai dan memantau prestasi setiap jurulatih dan atlet dalam keadaan berdaya saing kepada yang lebih positif.

Sementara itu, peserta kursus sukan ragbi, Mohd Mustazar Bundah berkata, penganjuran kursus seumpama ini tepat pada masanya dan wajar disokong oleh semua pihak.

Menurutnya, ia membantu memastikan pengurusan atlet sekolah berdaya saing bagi menghadapi kejohanan-kejohanan yang dirancang dari segi latihan bersistematik supaya boleh mencapai kejayaan.

Turut Hadir, Bahagian Unit Pembangunan Bakat Murid (Sukan) Jabatan Pelajaran Sabah, Saifol Jappar. 

UB

About the author

Wa

Add Comment

Click here to post a comment