Home » GRS Parti baru yang diterima rakyat
Politik Sudut Pandangan

GRS Parti baru yang diterima rakyat

Jika kecenderungan pengundi tidak banyak berubah pada PRN-17 akan datang, dijangka GRS adalah parti yang menang kerusi terbanyak.

ASALNYA Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hanya nama yang digunakan oleh beberapa parti semasa PRN16 Sabah, September 2020.

Walaupun awalnya hanya dalam bentuk persefahaman, akan tetapi rakyat Sabah memberi respon yang baik dan menerimanya, sebab itu, apabila kerajaan negeri ditubuhkan selepas PRN itu, maka dinamakan Kerajaan GRS Sabah.

Selepas GRS didaftarkan secara rasmi, BN tidak menjadi komponen, dan kerajaan negeri kemudiannya dikenali sebagai Kerajaan GRS-BN.

Oleh kerana sebahagian ADUN BN yang di ketuai Datuk Bung Moktar Radin keluar daipada kerajaan untuk menjadi pembangkang, maka kerajaan negeri berubah nama lagi, kepada Kerajaan GRS-PH Plus.

Mandat rakyat yang diberikan, terus dikekalkan oleh GRS di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor.

Umno Sabah kumpulan Bung Moktar Radin cuba mengubah mandat rakyat pada PRN16, pada PRN17 Sabah akan datang, apabila kumpulan itu kemungkinan besar bekerjasama dengan Parti Warisan.

Parti Warisan ditubuhkan dengan matlamat menghalau keluar Umno daripada bumi Sabah. Kerana matlamat itu, maka pada PRU14 dan PRN16 kawasan-kawasan tradisi Umno ditawan oleh parti itu.

Akan tetapi, selepas rakyat menyadari, bahawa parti itu tidak serius menghalau keluar Umno, akhirnya parti itu banyak kehilangan sokongan, dan seterusnya gagal mempertahankan 5 kawasan parlimen daripada 8 yang dimenangi pada PRU14. Kawasan-kawasan itu kawasan termasuk yang disandang Timbalan Presiden dan Ketua Pemuda, selain pemimpin kanan parti itu.

Hakikatnya kehadiran GRS adalah bertepatan dengan kehendak rakyat secara umum walaupun pada PRU15 berlaku sedikit perubahan kecenderungan rakyat kerana pengaruh keadaan pada PRU tersebut. Lagipun pada PRU itu, keadaan GRS yang belum “settle” sepenuhnya.

Selepas lebih tiga tahun, kemudiannya kesan jelajah pemimpin parti di seluruh negeri, ditambah dengan pencapaian dan kejayaan negeri dalam semua sektor, termasuk penyelesaian isu-isu kemudahan asas, selain isu berdekad berkaitan MA63, yang mendekati penyelesaian tuntas, maka secara umum rakyat Sabah menaruh keyakinan menerusi GRS dan kerajaan yang diterajui masa depan rakyat dan negeri terjamin.

GRS mempunyai matlamat jelas iaitu mengwujudkan kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan menerusi pendekatan Sabah First, Sabah Forward, Sabah Prosper dan Sabah United demi SAYANGI SABAH.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau dan tidak semestinya menggambarkan pandangan Sabah Baru News