Home » Gagasan Rakyat, PMGS hulur baucar kepada 50 murid memerlukan di Tanjung Aru
Berita Tempatan Politik

Gagasan Rakyat, PMGS hulur baucar kepada 50 murid memerlukan di Tanjung Aru

BANTUAN: Alliuddin menyampaikan bantuan baucer kepada salah seorang penerima.

KOTA KINABALU: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) dan Persatuan Masyarakat Brunei (PMBS) Cawangan Tanjung Aru menyampaikan bantuan sekolah kepada 50 murid yang tinggal di sekitar Tanjung Aru di sini.

Pengerusi PMBS Cawangan Tanjung Aru Pg Alliyuddin Pg Ahmad Tajuddin berkata, bantuan berbentuk baucar itu adalah bagi meringankan serba sedikit beban kewangan yang dihadapi oleh ibu bapa terbabit.

“Kesemua penerima adalah dalam kalangan golongan yatim piatu, miskin tegar dan kumpulan B40.

“Diharapkan agar bantuan yang dikumpul hasil kolaborasi Gagasan Rakyat dan PMBS mampu meringankan beban golongan yang memerlukan,” katanya semasa berucap pada majlis penyampaian bantuan di Sembulan di sini.

Dalam ucapan sama, Alliyuddin juga berpesan kepada murid agar belajar bersungguh-sungguh demi masa depan cemerlang.

Beliau juga mengingatkan untuk menggunakan baucar ini secara berhikmah. 

— Vivi Olviana Najurus