Home » Jeffrey kunjungi rumah terbuka Tahun Baharu Cina
Berita Tempatan Politik

Jeffrey kunjungi rumah terbuka Tahun Baharu Cina

MUHIBAH: Jeffrey dan isteri bergambar bersama keluarga Abednigo serta sebahagian tetamu yang hadir selepas menyempurnakan acara `yeesang'.

KENINGAU: Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan menghadiri beberapa rumah terbuka sempena sambutan Tahun Baharu Cina di sini dan Tambunan, sepanjang beberapa hari perayaan itu.

Beliau yang juga Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Negeri (MAFFI) mengambil kesempatan itu untuk beramah mesra dengan masyarakat setempat.


Antara rumah dikunjungi Jeffrey yang juga Ahli Parlimen Keningau dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tambunan ialah kediaman keluarga penulis buku sejarah, Abednigo Chow, pada hari kedua Tahun Baharu Cina.


Sempena kunjungan itu, Jeffry diiringi isteri Datin Seri Panglima Cecilia Edwin meluangkan masa berinteraksi dengan masyarakat yang turut menghadiri rumah terbuka itu.

— TAMAT