Home » Murkam dipilih presiden baharu KGKS
Berita Tempatan Politik

Murkam dipilih presiden baharu KGKS

Murkam yang juga Pengerusi KGKS Cawangan Tuaran menang dalam pemilihan jawatan itu setelah menewaskan dua lagi calon presiden.

KOTA KINABALU: Murkam Setan @ Hussein dipilih sebagai Presiden baharu Kesatuan Guru Kerajaan Sabah (KGKS), baru-baru ini.

Pengumuman pemilihan Murkam dibuat pada Persidangan Dwi Tahunan Kali ke 40 yang diadakan di Kota Kinabalu.

Beliau yang juga Pengerusi KGKS Cawangan Tuaran menang dalam pemilihan jawatan itu setelah menewaskan dua lagi calon presiden.

Murkam yang juga seorang pendidik di Sekolah Kebangsaan (SK) Bolong Tuaran mengucapkan terima kasih kepada ahli-ahli KGKS kerana memberikan kepercayaan meneraju kesatuan ini.

Menurutnya, perjuangan KGKS adalah memastikan hak guru, gaji guru, kebajikan dan skim perkhidmatan mereka terbela.

“Isu kebajikan guru dalam perkhidmatan dan hak sebagai guru akan terus diperjuangkan oleh KGKS,” katanya.

Turut hadir, Timbalan Setiausaha Agung CUEPACS Malaysia, Mohd Fadli Mohd Noor dan Pengerusi CUEPACS Sabah, Ajulahin Japin.

ALBUM: Murkam bersama tetamu jemputan dan jawatankuasa KGKS pada persidangan berkenaan.

— Hamzah Sanudin

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment