Home » Permansuhan Perkara 6(7) Perlembagaan Sabah
Politik Sudut Pandangan

Permansuhan Perkara 6(7) Perlembagaan Sabah

Perkara 6(7) adalah klausa tambahan yang digubal pada tahun 1990, untuk memastikan, setiap wakil rakyat parti hanya mencalonkan/menyokong Presiden parti mereka untuk dilantik sebagai Ketua Menteri, dan dilarang mencalonkan wakil rakyat lain. (Gambar fail)

SEMASA penggulungan pada sidang DUN Sabah 25 Mei 2023, Ketua Menteri berjanji untuk meneliti kembali permansuhan perkara 6(7) Perlembagaan Negeri walaupun telah diluluskan semasa sidang itu.

Selepas meneliti kembali pemansuhan itu, ianya terbukti tepat, kerana kandungan Perkara 6(7) selain kurang jelas akan tetapi mengelirukan, dan juga tidak bersesuaian lagi dengan keadaan semasa.

Adalah suatu kewajaran mana-mana undang-undang yang usang dan tidak sesuai dengan keadaan masa, samada disemak semula atau dimansuhkan/dibatalkan.

Berkaitan dengan Perkara 6 (7) Perlembagaan Negeri, ianya lebih tempat dimansuhkan agar Perkara 6(3) berfungsi secara mutlak, dan tiada sesiapa yang boleh mempertikaikan keputusan TYT berkaitan Perlantikan Ketua Menteri Sabah, kerana selain mengikut Perlembagaan juga demokratik.

Berkaitan desakan Datuk Shafie Apdal agar Perkara 6(3) perlu dikembalikan, hakikatnya cubaan mengelirukan rakyat, kerana ianya tidak pernah dimansuhkan, malah diperkukuh apabila Perkara 6(7) dimansuhkan.

Perkara 6(7) adalah klausa tambahan yang digubal pada tahun 1990, untuk memastikan, setiap wakil rakyat parti hanya mencalonkan/menyokong Presiden parti mereka untuk dilantik sebagai Ketua Menteri, dan dilarang mencalonkan wakil rakyat lain.

Walaupun Perkara 6(7) digubal ianya tidak pernah digunakan untuk perlantikan Ketua Menteri, sebaliknya TYT hanya berpandukan Perkara 6(3).

Tidak pasti apa tujuan Shafie membangkitkan Perkara 6(7), apakah terselubung niat, bahawa hanya beliau boleh dicalonkan sebagai Ketua Menteri? Dengan menggunakan parti yang mempunyai kerusi terbanyak,di antara parti-parti? kerana pada PRN16 Sabah beliau cuba menggunakan Perkara 6(7) untuk mempengaruhi TYT Sabah, kerana pada PRN itu, Parti Warisan merupakan single parti mempunyai kerusi terbanyak.

Apapun dakwaan Presiden Warisan itu, Perkara 6(7) bukan lagi sebahagian Perlembagaan Negeri, dan Perlantikan Ketua Menteri berpandukan Perkara 6(3).

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment