Home » Kunjungan hormat Kukuh kerjasama Singapura-Sabah
Berita Tempatan Politik

Kunjungan hormat Kukuh kerjasama Singapura-Sabah

Hajiji menyambut ketibaan Pesuruhjaya Tinggi Sinagpura ke Malaysia Vanu Gopala Menon di Menara Kinabalu di sini semalam sempena kunjungan hormat itu.

KOTA KINABALU: Mengeratkan hubungan dan kerjasama antara Singapura dan Sabah antara isu yang dibincangkan di antara Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor dengan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Vanu Gopala Menon di Menara Kinabalu di sini semalam.

Antara bidang kerjasama yang dibincangkan yang boleh dipertingkatkan lagi termasuk pelancongan dan perdagangan.

Vanu tidak asing lagi di Sabah selepas beliau berjaya mendaki Gunung Kinabalu pada Mei tahun lalu.

Beliau ditemani oleh Setiausaha Pertama Suruhanjaya Tinggi Singapura ke Malaysia Bhargav Sriganesh.

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment