Home » STB terjemah empat bahasa risalah pelancongan Sabah
Berita Tempatan Politik

STB terjemah empat bahasa risalah pelancongan Sabah

RISALAH: Christina (tengah) dan Joniston (dua dari kiri) menunjukkan risalah Sabah dalam pelbagai bahasa.

JERMAN: Lembaga Pelancongan Sabah (STB) mengambil inisiatif menterjemahkan risalah mengenai pelancongan Sabah dalam empat bahasa iaitu Jerman, Belanda, Perancis dan dan Sepanyol.

Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Christina Liew berkata, inisiatif itu adalah komitmen STB bagi memastikan rakyat negara berkenaan memahami situasi negeri ini.

Katanya, walaupun bahasa Inggeris digunakan di peringkat antarabangsa, tetapi ia adalah usaha bagi memenuhi kehendak pelawat negara berkenaan.

“Kami berharap ia dapat meningkatkan kemasukan bilangan pelancong untuk melihat keindahan alam semula jadi di Sabah.

“Dengan inisiatif itu, kami sudah melengkapkan risalah sedia ada yang kini dalam bahasa Inggeris, Cina, Jepun dan Korea disamping ia bersesuaian dengan kepentingan pasaran sasaran,” katanya ketika hadir pada pameran pelancongan, di sini.

Menurutnya, penjenamaan ‘Feel Sabah’ dalam pelbagai bahasa merangkumi intipati daya tarikan unik Sabah.

Katanya, pelancong Jerman adalah kedua tertinggi selepas United Kingdom (UK) dan Ireland bagi negara eropah yang tiba di Sabah pada tahun lepas.

“Ini membuktikan bahawa Sabah perlu memberikan penekanan terhadap pasaran Jerman dan menyediakan maklumat yang bersesuaian bagi memenuhi keperluan mereka,” katanya.

Turut hadir, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai.

— Hamzah Sanudin

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment