Home » Karim Bujang sertai Gagasan Rakyat
Uncategorized

Karim Bujang sertai Gagasan Rakyat

Datuk karim Bujang , mantan Pengurusi Tetap Parti Warisan Sabah menyerah borang kemasukan keparti PGRS kepada Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor Persiden PGRS di Majlis Berbuka Puasa di SICC hari ini .

KOTA KINABALU: Pengerusi Tetap Parti WARISAN, Datuk Haji Karim Bujang mengumumkan keluar parti itu dan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), pimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor.

Beliau menyerahkan borang keahlian kepada Hajiji yang juga Presiden Gagasan Rakyat pada Majlis Berbuka Puasa bersama kepimpinan parti itu di Sabah International Convention Centre (SICC) pada Ahad.

Turut hadir ialah Timbalan Presiden, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Naib-Naib Presiden Gagasan Rakyat, Datuk Haji Dr.Mohd Arifin Mohd.Arif dan Datuk Masiung Banah, Setiausaha Agung, Datuk Mohd Razali Razi, Ketua Pergerakan Pemuda Negeri, Datuk Fairuz Renddan, Ketua Wanita Negeri, Datuk Redonah Bahanda, Ketua Beliawanis Negeri, Cik Emmie M. Idang, Ketua Penerangan Negeri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan dan Bendahari Negeri, Datuk Haji Gulamhaidar Khan Bahadar.

Terdahulu, Hajiji mempengerusikan Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Gagasan Rakyat di bilik mesyuarat Kinabalu, SICC.

–Tamat.

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment