Home » Kemudahan asas: Kerajaan GRS bertindak sebagai “doktor”
Politik Sudut Pandangan

Kemudahan asas: Kerajaan GRS bertindak sebagai “doktor”

Jika kecenderungan pengundi tidak banyak berubah pada PRN-17 akan datang, dijangka GRS adalah parti yang menang kerusi terbanyak.

CONTOH tindakan Kerajaan GRS sebagai “doktor” apabila Ketua Menteri mengarahkan membina “water intake” baharu di Kg Kabang, Papar memandangkan “water intake” Limbahau 8km daripada muara sungai Papar tidak selamat lagi kerana air masin/laut telah mengalir 13km memasuki sungai.

Mereka yang mempersoalkan penutupan penutupan Loji Rawatan Air “Emergency Water Supply System” (EWSS) Limbahau tidak merujuk masalah sebenar LRA itu, sebab itu mereka itu hanya bertindak sebagai “polis”.

Sejak kerajaan GRS memerintah negeri 3 tahun lalu, telah melancarkan “master plan” atau diagnoisis untuk menyelesaikan masalah kemudahan asas yang diwariskan dan tentunya penyiapannya memerlukan sedikit masa.

Sepatutnya para pengeritik terutama para pemimpin UMNO berkaitan kemudahan asas jujur pada diri sendiri kerana kemudahan asas yang mereka pertikaikan bukan dapat diselesaikan sekelip mata, cepat seperti menebar roti canai.

Kepada rakyat Sabah yakinlah, kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Haji Noor komited menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi rakyat berdekad lamanya, kerana kerajaan negeri mempunyai MISI jelas iaitu kestabilan, kemakmuran dan kesejahteraan, dan tentunya misi berkaitan dengan politik, perekonomian dan sosial.

Bertindak sebagai “doktor” maka rakyat perlu yakin apabila jadual yang telah ditetapkan seperti mana diagnosis yang telah dibutirkan menerusi Hala Tuju Sabah Maju Jaya, maka rakyat akan rasai dan nikmati.

Rakyat Sabah perlu bersyukur kerana akhirnya terwujud sebuah kerajaan yang bertindak sebagai “doktor” dan seterusnya perlu yakin dan percaya bahawa kerajaan negeri hari ini akan mengeluarkan rakyat daripada kesusahan yang membelengu sekian lama.

Tindakan kerajaan meningkatkan dana kerajaan negeri untuk digunakan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi dicerminkan menerusi peningkatan kutipan hasil negeri yang terus meningkat dalam tempoh tiga tahun berturut-turut iaitu RM5.449bilion tahun 2021, RM6.96 bilion tahun 2022 dan RM6.973bilion tahun 2023.

Kerana adanya peningkatan hasil, maka Ketua Menteri dapat meluluskan pembinaan “water iintake” baru di Kg Kabang, Papar semasa lawatan ke Loji Rawatan Air EWSS Limbahau pada Isnin.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .