Home » Jangan keliru fungsi kemudahan asas
Politik Sudut Pandangan

Jangan keliru fungsi kemudahan asas

Kerajaan negeri hari ini sesuai dengan dana yang tersedia cuba menyediakan kemudahan-kemudahan asas terutama bekalan air bersih dan tenaga, sebagai tanggungjawab sosial pada rakyat

APA yang diharapkan pada penyediaan kemudahan asas adalah limpahan mengenainya, atas sebab setiap sen yang digunakan untuk membina kemudahan itu bukan berbentuk pelaburan atau dengan kata lain tidak membawa pulangan, apa yang dibelanjakan akan berakhir pada projek itu sahaja, “every single cents burn”.

Atas sebab itu, jika bercakap berkaitan pelaburan, maka tidak terkait dengan projek kemudahan asas, seperti mana cuba dikelirukan sesetengah pemimpin pembangkang yang mempertikai projek-projek berkaitan ekonomi tetapi tidak meliputi projek-projek kemudahan asas.

Penyediaan kemudahan asas adalah tanggungjawab sosial, sebab itu diletakan sebagai tanggungjawab kerajaan.

Kerajaan dalam menyediakan kemudahan asas tentunya mempunyai unjuran akan kesan atau limpahan projek-projek tersebut terhadap perekonomian, tetapi apa yang berlaku di Sabah penyedian kemudahan asas adalah satu keperluan utama rakyat jauh sekali mengharapkan limpahan ekonomi pada kemudahan-kemudahan itu, kerana kemudahan seumpama itu begitu daif di sesetengah kawasan.

Biasanya kerajaan menggunapakai pendekatan seimbang berkaitan projek-projek kemudahan asas yakni antara dana terkumpul kerajaan dengan potensi ekonomi di kawasan-kawasan yang perlu dibina kemudahan asas yang boleh “dimonetisekan”, akan tetapi pendekatan seumpama itu menyebabkan penyediaan kemudahan-kemudahan itu terbantut, kerana kawasan-kawasan yang dimaksudkan kurang potensi ekonomi yang boleh dimonetisekan dengan segera seperti hasil kayu kayan, pertanian, perlombongan dan sebagainya. Dalam kedudukan demikian, mahu tidak mahu kerajaan perlu juga menyediakannya kerana ada rakyat yang memerlukannya, walaupun jumlah mereka tidak lah ramai sangat seperti kasus Kg Magandai, Kota Marudu.

Kerajaan negeri hari ini sesuai dengan dana yang tersedia cuba menyediakan kemudahan-kemudahan asas terutama bekalan air bersih dan tenaga, sebagai tanggungjawab sosial pada rakyat, sebab itu, untuk komplemen terhadap dana yang dibelanjakan maka membawa projek-projek berbentuk pelaburan di kawasan-kawasan sedemikian seperti projek pasir silika, projek klinker dan projek ammonia selain projek-projek berbentuk hiliran seperti mana dilaksanakan di POIC, Lahad Datu.

Kerajaan terpaksa berbelanja besar menyediakan kemudahan asas, dan mengharapkan rakyat di kawasan-kawasan yang terlibat dapat melaksanakan berbagai aktiviti ekonomi dan pada gilirannya hasil-hasil mereka di suatu hari boleh menjadi hasil negeri berbentuk cukai.

Apa yang berlaku di Sabah berdekad-dekad, kerajaan tidak menyediakan kemudahan-kemudahan asas sebagai dorongan pada rakyat untuk berkembang maju, sebab itu, kadar kemiskinan juga berkembang seiring dengan kedaifan kemudahan asas khususnya jalan-jalan perhubungan.

Kerajaan negeri hari ini sangat menyedari akan keperluan dana untuk menaik taraf atau membina kemudahan asas, atas sebab itu menutut agar hasil bersih 40 peratus kutipan Persekutuan perlu dikembalikan, kerana hasil itu adalah hak rakyat seperti mana dipersetujui menerusi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment