Home » Tukar kaedah pelaksanaan faktor kelambatan Pan Borneo
Politik Sudut Pandangan

Tukar kaedah pelaksanaan faktor kelambatan Pan Borneo

Lebuhraya Pan Borneo di Batu 32 Sandakan ke Kinabatangan.

SEKALI lagi di parlimen diberitahu faktor kelambatan penyiapan Lebuh Raya Pan Borneo di sektor Sabah atas sebab kesan pembatalan keadah pelaksanaan yang dibuat oleh kerajaan Warisan Sabah (2018-2020).

Kerana kesan perubahan itu, untuk sektor 1B sebanyak 19 pakej dariada 35 pakej keseluruhan projek itu di sektor Sabah hanya akan ditauliahkan pertengahan tahun ini.

Projek Pan Borneo bermula lambat setahun berbanding Sarawak iaitu pada tahun 2016, sudah lah terlambat, gangguan oleh kerajaan Era Warisan menyumbang kepada kelambatan, selain isu-isu kepakaran dan pengambilan tanah.

Dengan kelambatan penyiapan lebuh raya itu maka semakin banyak masa untuk pemimpin pembangkang dan penyokongnya spin berkaitan jalan raya berlubang, memaksa kerajaan berbelanja lebih kerana terpaksa menyelenggara (double work) jalan-jalan yang sepatutnya dalam lingkaran Pan Borneo.

Isu jalan raya atau jaringan perhubungan adalah antara isu utama yang menyebabkan pengembangan ekonomi antara daerah di Sabah lembab, dan menyumbang tingginya insiden kemiskinan di kawasan-kawasan berkenaan.

Cuba bayangkan berdekad lama-lama tidak terdapatnya jaringan perhubungan yang kondusif antara daerah, apa tah di perkampungan, maka kesan seperti mana direkodkan oleh Laporan Survei Pendapatan dan Perbelanjaan Isi Rumah 2022, bahawa 8 daerah paling ramai insiden kemiskinan di negara ini terletak di Sabah.

Kerajaan negeri bukan tidak berniat membina jaringan perhubungan yang baik dan moden akan tetapi kekangan kewangan, kerana sumber kewangan negeri tidak dibayar kerajaan Persekutuan, manakala hasil minyak berdekad-dekad hanya berkadar 5 peratus.

Apabila Projek Pan Borneo diluluskan, maka projek yang dinanti-nantikan sejak tahun 1963 sepatutnya disambut baik oleh rakyat, akan tetapi sebaliknya, dan kerananya memberi kesan pada penyiapan projek tersebut.

Kelambatan penyiapan projek lebuh raya itu kerana kesan perubahan kerajaan, kerana itu, jangan salahkan kerajaan hari ini atas kelambatan itu.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .