Home » Tiada kewajaran bukan penganut Islam ikut campur urusan umat Islam
Politik Sudut Pandangan

Tiada kewajaran bukan penganut Islam ikut campur urusan umat Islam

Jika mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dan denda pada mereka yang menghina agama islam, ianya patut, kerana perbuatan itu bukan berkaitan agama akan tetapi berkaitan mental seseorang itu dan hukuman itu mengajar pelaku itu bagaimana hidup bermasyarakat dalam negara yang multi-agama.

UMAT islam tidak pun ikut campur urusan penganut agama lain, tetapi di negara ini, bukan islam suka sangat ikut campur urusan umat islam.

Umat islam mempertahankan agamanya kerana ianya satu kewajiban, sebab itu ulama Besar HAMKA berkata “Jika kamu diam saat agama kamu dihina, gantilah baju kamu dengan kain kafan”.

Di negara ini majoriti rakyat adalah islam, dan mereka itu adalah pengguna dan penyokong kepada perniaggaan bukan islam, kerana semenangnya bukan islam yang ramai terlibat dengan dunia perniagaan terutama kaum cina.

Sepatutnya penganut agama lain termasuk pemimpin daripada golongan itu fokus pada agama masing-masing, kerana tiada sebab mereka campur tangan, kerana orang islam tidakpun memberi apa-apa kerugian pada mereka, malah menguntungkan mereka.

Apabila orang islam berhujah berkaitan dosa-pahala, neraka-syurga, ianya ditujukan untuk umat islam bukan melibatkan penganut agama lain.

Umat islam berpegang pada firman Allah “Untuk mu Agama mu dan Untuk ku agama ku- Al-Kafirun Ayat-6”.

Jika mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dan denda pada mereka yang menghina agama islam, ianya patut, kerana perbuatan itu bukan berkaitan agama akan tetapi berkaitan mental seseorang itu dan hukuman itu mengajar pelaku itu bagaimana hidup bermasyarakat dalam negara yang multi-agama.

Tiada mana-mana agama mengajar penganutnya membenci, menghina agama lain, ertinya jika terdapat pelaku menghina agama orang lain, ianya berkaitan mental dan kelakukan seseorang itu. Hukuman perlu dikenakan sebagai pengajaran bukan sahaja pada pelaku akan tetapi orang lain.

Isu yang trending pada masa ini berkaitan JENAMA STOKING ALLAH. Bagi umat islam meletakan Kalimah itu pada tempat yang tidak sepatutnya adalah bentuk penghinaan. Atas sebab itu reaksi umat islam begitu pantas termasuk memboikot premis perniagaan yang menjualnya.

Malangnya apabila orang islam bertindak, ada pemimpin bukan islam mempertikainya. Tindakan mempertikai membawa maksud menyokong agar Kalimah itu terus dihina.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment