Home » Sedikit masa lagi harga akan menggila naik
Politik Sudut Pandangan

Sedikit masa lagi harga akan menggila naik

Pengapungan harga RON95 dan Diesel kerajaan dijangka menijimatkan wang kerajaan RM29 bilion.

APABILA RON95 dan diesel diapungkan, yang berkemungkinan RM3.33 bagi RON95 dan RM3.50 bagi disesel selitar, maka rantaian harga daripada pembekal, pemborong, peruncit sehinggalah ke peniaga kecil (dan akhirnya pengguna), semua bakal menghadapi dan terpakasa menaikan harga jualan masing-masing untuk menapung kos.

Kejadian kenaikan harga barangan di negara ini mula menggila pada tahun 2006 apabila harga petrol dan diesel diapungkan.

Pengapungan harga RON95 dan Diesel kerajaan dijangka menijimatkan wang kerajaan RM29 bilion.

Tidak dapat dibayangkan setinggi mana kenaikan harga barangan, kerana pada tahun 2006 telah berlaku kenaikan harga yang mengila, sehinggakan memaksa kerajaan memperkenalkan subsidi semula akan tetapi kesannya harga barang yang telah naik tidak turun pada harga asal, akan tetapi lebih stabil.

Jika berlaku kenaikan harga dengan pantas sementara pendapatan boleh guna rakyat mendatar, maka akan menambah kesengsaraan lagi, ibarat kata pepatah melayu terlepas daripada mulut buaya masuk ke mulut harimau.

Dalam keadaan sekarangpun kos sara hidup sangat membebankan, malah ada rakyat yang terpaksa mencatu makanan atas meja termasuk mengurangkan kekerapan, daripada 3 kali ke sekali.

Berbuka puasa di restoran biasa, dengan nasi campur berlauk dengan minum air suam, tidak kurang RM20 sepinggan, kerana terperangkap dengan hidangan “buffet” yang tidak mempamerkan harga seperti restoran D’ Malindo, Harbour City, Sembulan, Kota Kinabalu.

Sebelum PKP sepinggan nasi campur berlauk tidak sampai RM10 tetapi kini naik sekali ganda. Apa kah akan berlaku jika pengapungan RON95 dan Diesel? tentunya peniaga seperti Restoran D’ Malindo menaikan harga.

Penulis mencuba tiga kali berkunjung ke restoran yang sama untuk memastikan, apa kretria penentuan harga, apa kah daripada “porsi” atau jenis hidangan. Penulis meminta nasi, sayur batang keladi masak lemak dan seketul ikan goreng dan sedikit sambal belacan, sementara isteri nasi, separuh telur masin dan tempe, anak pula nasi, paru masak kicap dan sayur bende dengan minuman kacang soya dan air bandung. Menu yang sama diulang tiga kali. Kunjungan pertama RM53, keunjungan kedua RM57 dan kunjungan ke-3 RM60.

Tidak pasti bagaimana restoran itu melakukan “costing” kerana berasaskan pengalaman penulis yang memang berbelanja sendiri, porsi di pinggan penulis, nasi RM0.40, sayur RM1.00, ikan RM5.00, sementara untuk isteri nasi RM0.40, tempe RM2.00, separuh telur masin RM2.50, kacang soya RM3.00, sementara untuk anak nasi RM0.40, paru RM8.00, dan sayur bende RM1.00., air bandung RM6.00 maka anggaran RM 29.70, air sumRM0.30, maka harga untuk keuntungan 100% adalah plus minus RM30.00. Oleh kerana penulis dan keluarga perlu membayar pada kunjangan pertama RM53, maka kos perkhidmatan kerana menjamu selera RM53-30.00= RM23.00; kunjungan ke-2 RM27.00 dan kunjungan ke-3 RM30.00.

Memang restoran itu menyediakan buah kurma, bubur kacang hijau untuk kunjungan pertama dan kedua, dan bubur ubi kayu pada kunjungan ke tiga, free of charge katanya.

Nampaknya peniaga restoran itu mendenda pelanggan kerana mejamu selera atau dengan bahasa lain mengambil peluang dengan mengenakan harga sesuka hati.

Tiba masanya pihak berwajib memberi garis panduan bagi restoran yang menyediakan makanan buffet untuk tidak sesuka hati meletakan harga atau mengenakan caj perkhidmatan tinggi kerana ianya bukan sahaja membebankan akan tetapi memerangkap pelanggan.

Jika tiada garis panduan, maka caj perkhidmatan akan terus mengila apabila petrol dan diesel semakin mahal.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .