Home » Mendaftar di PADU-Hanya yang perlu bantuan kerajaan
Politik Sudut Pandangan

Mendaftar di PADU-Hanya yang perlu bantuan kerajaan

PADU atau Pangkalan Data Utama ialah satu sistem yang mengumpulkan maklumat dari pelbagai agensi kerajaan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), dan banyak lagi. (Gambar Hiasan)

DILAPORKAN tidak sampai 8 juta (kurang 33 peratus) rakyat berumur 18 tahun ke atas (dianggarkan sejumlah 24 juta dalam kategori ini).

Matlamat PADU untuk mengenalpasti kedudukan rakyat yang perlu bantuan termasuk “cash transfer” untuk berhadapan dengan tekanan kehidupan harian.

Memandangkan hanya kurang lebih 33 peratus mendaftar, ertinya hanya seramai itu memerlukan bantuan kerajaan. Jumlah itu hampir sama dengan jumlah mereka yang mendapat Sumbangan Tunai Rahmah (STR), ertinya kerajaan dengan mudah menangani isu bebanan hidup, kerana hanya melibatkan golongan yang sama.

Kerajaan berdekad-dekad memberi subsidi petrol, diesel, LPG dan barangan terpilih, tetapi ianya dinikmati oleh mereka yang tidak perlu subsidi itu.

Berbilion ringgit ditanggung kerajaan kerana subsidi minyak, minyak masak, tetapi ianya ikut dinikamti rakyat asing termasuk rakyat negara jiran kerana adanya aktiviti penyeludupan.

Jika barangan seperti minyak, LPG dan minyak masak tidak disubsidi, penyeludupan dapat dicegah kerana para petualang itu tidak mendapat keuntungan, kerana tiada perbezaan harga.

Dengan hanya 8 juta rakyat perlu bantuan, maka kerajaan tidak lah sampai membelanjakan RM80bilion setahun, melainkan hanya 1/3 daripadanya, dan jumlah itu sudah cukup mengurangkan beban kehidupan harian.

Secepatnya kerajaan melaksanakan “cash transfer” dengan segera, gunakan dahulu senarai penerima STR sementara mengemaskini data dalam PADU.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .