Home » Balik kampung: Pelajar Sabah diberi bantuan RM600 (one -off)
Berita Tempatan Politik

Balik kampung: Pelajar Sabah diberi bantuan RM600 (one -off)

Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor beramah mesra dengan sebahagian pelajar yang hadir sempena Majlis Berbuka Puasa Mahasiswa Mahasiswi Institusi Pengajian Tinggi di Semenanjung Bersama Ketua Menteri Sabah di Setia Spice Convention Centre, Pulau Pinang pada Isnin.

JULUNG kalinya sempena Balik Kampung Hari Raya Puasa tahun 2024 pelajar Sabah di Semenanjung, Sarawak dan WP Labuan seramai 18,000 diberikan subsidi tikit secara one-off oleh Kerajaan Negeri kerana mengambilkira harga tikit yang mahal.

Menerusi bantuan tersebut maka meringankan para pelajar yang ingin pulang kampung. Hebatnya bantuan tersebut tidak mengambilkira status anuatan para pelajar.

Kerajaan Negeri pimpinan Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor memang mengambil berat hal ehwal pelajar, kerana mereka ini selain modal insan juga pewaris pada kepimpinan hari ini.

Kerajaan negeri menerusi Yayasan Sabah terus menambah peruntukan untuk tujuan melanjutkan pelajaran, kerana tahun ini disediakan sebanyak RM67.4juta berbanding RM53.8juta tahun lalu meningkatkan RM13.6 juta atau 25.3 peratus.

Untuk peringkat kerajaan pula disediakan RM100 juta tahun ini berbanding RM50 juta sebelumnya. Dana pendidikan ini disalurkan dalam bentuk biasiswa juga bantuan secara one-off seperti Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI), Bantuan Tunai Khas Peperiksaan (BAKTI).

Dana pendidikan baik di peringkat negeri dan Yayasan Sabah tidak akan terealisasi tanpa komitmen mereka yang menerajuinya, di Peringkat Negeri, Datuk Seri Haji Masidi Manjun sebagai Menteri Kewangan dan di Yayasan Sabah Datuk Haji Ghulam Bahadar.

Dengan garis panduan yang amat jelas daripada pucuk pimpinan negeri, maka kementerian, agensi kerajaan negeri dapat diurus dengan jayanya, atas sebab itu dapat memenuhi keperluan rakyat, termasuklah bantuan one-off tikit untuk tujuan balik kampung.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .