Home » Penerimaan pada Kerajaan Persekutuan:Jika pendaftaran PADU jadi ukuran
Politik Sudut Pandangan

Penerimaan pada Kerajaan Persekutuan:Jika pendaftaran PADU jadi ukuran

PADU adalah inisiatif kerajaan yang dipandu oleh Menteri Ekonomi Rafizi Ramli yang juga Timbalan Presiden PKR.

RAKYAT yang diminta mengemaskini data dalam PADU adalah mereka yang terdaftar sebagai pengundi, iaitu berumur 18 tahun dan ke atas.

Daripada 33juta rakyat negara ini, 24juta mereka yang berumur 18 tahun dan ke atas. Setakat ini hanya 7.36 juta atau 31 peratus daripada rakyat yang memberi respon mengemaskini maklumat peribadi masing-masing.

Jika sambutan pendaftaran padu menjadi ukuran penerimaan pada Kerajaan Persekutuan, maka jelas kerajaan hari ini yang dibentuk selepas PRU15 ekoran tiada parti-parti yang boleh menubuhkan kerajaan tidak digemari rakyat walaupun telah memerintah lebih setahun.


PADU adalah inisiatif kerajaan yang dipandu oleh Menteri Ekonomi Rafizi Ramli yang juga Timbalan Presiden PKR.

Berpandukan pada kedudukan Rafizi tidak sepatutnya program yang beliau pandu yang bolehkan dikatakan “baby” pertama beliau sebagai menteri tidak mendapat sambutan malah terdapatnya pemimpin kerajaan yang mempertikai sistem data itu.

Pendataan PADU bertujuan mengenalpasti rakyat yang perlu diberi bantuan oleh kerajaan termasuk mereka dalam T20 jika memang pendapatan boleh guna mereka di bawah garis kemiskinan. Ertinya menerusi PADU tidak menggunakan sistem yang digunapakai sebelum ini, seperti data penerima zakat, kebajikan, e-kasih akan tetapi menyeluruh kerana kretiria yang digunakan pakai adalah pendapatan boleh guna.

Sasaran PADU bukan mereka yang benar-benar “miskin” akan tetapi mereka yang menjadi “miskin” kerana gaya hidup sendiri, kerana hutang beli harta, penggunaan kad kredit serta gaya hidup kayangan.

Jika kerajaan menerusi idea Rafizi benar-benar menyasarkan rakyat yang perlu diberi bantuan kerana memang mereka itu tiada daya selain mendapat suntikan tunai, maka boleh saja menghimpun data rakyat dalam kategori itu menerusi “cross data” antara berbagai agensi, kerana data itu memang dalam simpanan agensi-agensi berkenaan.

Sepatutnya sistem itu apabila seseorang melayarinya hanya perlu mengesahkan data yang dikumpul dalam sistem, jika bersetuju jawap YA jika tidak jawap TIDAK dan rekodkan data sebenar, bukannya seperti sekarang, butiran yang dikehendaki seperti bentuk KAJI SELIDIK.

Kelemahan cukup padu pada sistem itu sepatutnya tidak timbul daripada individu yang mengaku mempunyai kehebatan.

Berpandukan pada penerimaan rakyat terhadap PADU dan jika ianya berkorelasi dengan penerimaan pada Kerajaan MADANI, kerajaan GRS Sabah perlu berhati-hati, kerana boleh sahaja menjadi faktor penolak.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment