Home » Bung memilih pendekatan provokasi berbanding fakta
Politik Sudut Pandangan

Bung memilih pendekatan provokasi berbanding fakta

Datuk Seri Panglima Bung Moktar bin Radin cuba memberi gambaran pada rakyat bahawa apa yang berlaku tiada sedikitpun pengelibatan beliau dan pemimpin Umno kumpulan beliau, atas sebab itu ingin mendapat sokongan rakyat, kerana menerusi mereka lah isu kemudahan asas dapat diselesaikan.

PEMIMPIN Umno Sabah terutama Datuk Seri Panglima Bung Moktar Radin memilih tindakan provokasi berbanding fakta sebagai gambaran bahawa Penegerusi Umno Sabah itu adalah pemimpin yang baharu berjinak-jinak dalam politik.

Adalah satu kebiasaan apabila mereka yang baharu berjinak-jinak dalam politik, tiada pengalaman terlibat dalam pengubahan dasar, maka bertindak provokasi atau dakwaan-dakwaan bukan berasaskan fakta, selain menafikan sebarang tindakan kerajaan untuk menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan.

Meneliti cara Bung menjadikan kemudahan asas Sabah sebagai modal politik adalah bukti bahawa beliau cuba memberi gambaran pada rakyat bahawa apa yang berlaku tiada sedikitpun pengelibatan beliau dan pemimpin Umno kumpulan beliau, atas sebab itu ingin mendapat sokongan rakyat, kerana menerusi mereka lah isu kemudahan asas dapat diselesaikan.

Malangnya cubaan Bung itu seperti burung unta untuk menyelamatkan diri memasukan kepala ke dalam pasir dan menganggap selamat kerana tidak nampak musuh yang membahamnya.

Armizan (kiri) meminta Bung Moktar (kanan) menunjukkan rekod prestasinya ketika menjadi menteri kerja raya Sabah selama dua tahun sebelum menuding jari kepada orang lain.

Seperti kata Timbalan Setiausaha Gabungan Rakyat Sabah (GRS) Datuk Armizan Mohd Ali, Bung adalah sebahagian pengubah dasar kerana pernah menduduki jawatan Menteri dan Timbalan Ketua Menteri selain wakil rakyat berpenggal-penggal mewakili kerajaan.

Sepatutnya Bung sedar menuding satu jari ke arah orang lain, 4 jari mengarah ke muka sendiri. Akan tetapi MP Kinabatangan itu memilih sebagai pemimpin baharu dalam dunia politik, atas sebab itu memilih membuat berbagai dakwaan, provokasi, kritikan, seolah-olah sifar pengelibatan pada isu-isu berkaitan kemudahan asas di negeri ini.

Mungkin Pengerusi Umno Sabah itu dan kumpulan beliau beranggapan bahawa pengetahuan rakyat, aliran maklumat seperti 30-40 tahun lalu, maka memilih bertindak seperti “novice” dan dengan itu berharap dapat mempengarahui rakyat untuk mencuba sesuatu yang baharu, sedangkan rakyat secara umumnya maklum rata-rata pemimpin politik negeri ini baik yang ada dalam kerajaan dan pembangkang adalah pemimpin yang telah lama berkecimpung dalam politik malah tidak sedikit daripada mereka menjadi menteri yang dipertanggungjawabkan berkaitan kemudahan asas, pertanian dan perikanan, selain jawatan Ketua Menteri, speaker dan sebagainya.

Bagi pandangan penulis apapun pendekatan Bung dan pembangkang, rakyat lebih maklum tentang keadaan sebenar, dan seterusnya maklum dan sedar bahawa Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) PH Plus sedang dalam proses menyelesaikan isu-isu kemudahan asas, selain isu-isu yang membelengu seperti insiden kemiskinan menerusi berbagai projek infrastruktur, projek berkaitan ekonomi selain bantuan secara langsung kepada mereka yang memerlukan.

Kerajaan Negeri menerusi Halatuju Sabah Maju Jaya berada pada landasan tepat apabila hasil kutipan hasil negeri terus meningkat dalam tempoh 3 tahun berturut-turut iaitu RM5.449 bilion (2021), RM6.96 bilion (2022) dan RM6.973 bilion (2023), selain itu nilai dagangan negeri mencatit rekod pada tahun 2022 sebanyak RM118.1bilion.

Kutipan hasil yang terus meningkat membolehkan dana terkumpul kerajaan juga meningkat dan ianya boleh digunakan untuk menyelesaikan isu-isu berkaitan rakyat termasuk lah kemudahan asas dan awam.

Kepada rakyat Sabah jangan terpengaruh dengan tindakan provokasi atau dakyah kosong daripada para pemimpin pembangkang, supaya jangan berlaku mencurahkan air daripada tempayan kerana terdengar guruh, disangka hujan akan turun, rupanya panas memanjang.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment