Home » Pulau Gaya tanpa setinggan keputusan tepat
Politik Sudut Pandangan

Pulau Gaya tanpa setinggan keputusan tepat

Kerajaan GRS-PH Plus di bawah pentadbiran Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor bercadang untuk menjadikan Pulau Gaya sebagai salah stau tarikan pelancongan di Sabah.

WALAUPUN sangat-sangat terlambat membebaskan Pulau Gaya daripada koloni setinggan, akan tetapi keputusan kerajaan GRS -PH Plus memindah koloni setinggan adalah keputusan tepat.

Koloni setinggan bukan sahaja punca kotornya perairan bandar Kota Kinabalu dengan sampah saraf akan tetapi punca berbagai jenayah di ibu negeri.

Menerusi keputusan kerajaan negeri memindahkan koloni setinggan dalam rangka membebaskan pulau itu daripadanya maka pulau itu dapat dibangun untuk tujuan tarikan pelancongan.

Kehadiran koloni setinggan berdekatan dengan ibu negeri itu tidak membawa nilai ekonomi pada bandar Kota Kinabalu khasnya dan negeri amnya.

Pulau Gaya yang bersebelahan dengan Pusat Konvesyen Antarabangsa Sabah (SICC) jika tidak dibebaskan daripada koloni setinggan boleh memberi kesan pada pusat itu di mata pelanggan kerana pemandangan yang menjolok mata sama seperti satu kawasan perkampungan air di Harbour City, yang menampakan kawasan itu bukan kawasan selamat.

Bandar Kota Kinabalu dan kawasan-kawasan lain perlu bebas setinggan, kerana lebih banyak masalah ditimbulkan antaranya pencurian air, elektrik malah kawasan ini tempat persembunyi PATI, pengedar dan penagih.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .