Home » Shahelmey hadir Rumah Terbuka Aidilfitri Arsit
Berita Tempatan Politik

Shahelmey hadir Rumah Terbuka Aidilfitri Arsit

KENANGAN: Shahelmey (empat kiri) bersama Arsit (tiga kanan) bersama tetamu lain pada majlis berkenaan.

PUTATAN: Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Shahelmey Yahya dan isteri Datin Dayang Siti Noor Hayyat Awang Mohd Saufi, hadir ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat), Dato Seri Dr. Haji Arsit Haji Sedi dan keluarga di kediamannya di Kampung Tengah Padang, Petagas pada Jumaat.

Arsit merupakan Pengerusi Persatuan Nelayan Sabah (PENGASAH) dan Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Putatan. 

Antara tetamu yang hadir ialah Ketua Daerah Putatan, Datuk Mohd. Dahali Matsin dan Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sabah, Mohd Jamil Abdullah dan Ketua Bahagian Gagasan Rakyat Bahagian Petagas, Mohd Isquzawan Israq Arsit.

— TAMAT