Home » PRN-17: Tiada keperluan diawalkan
Politik Sudut Pandangan

PRN-17: Tiada keperluan diawalkan

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata,Kerajaan negeri masih banyak tugasan yang perlu ditunaikan khususnya bagi menyelesainya masalah rakyat di Sabah.

TEMPOH Dewan Undangan Negeri Sabah (DUNS) penggal ke-16 hanya akan tamat pada November 2026, kerana Mesyuarat Pertama Penggal Pertama diadakan pada 12-16 November 2020.

Kerajaan negeri masih mempunyai masa menyelesaikan isu-isu kemudahan asas sebelum meminta mandat daripada rakyat.

Di masa lalu, apabila keadaan politik menghangat, kerajaan tidak memberi masa pada pembangkang mempolitikan berbagai isu yang mereka timbulkan maka bertindak mengadakan pilihan raya mengejut.

Oleh kerana keadaan politik sudah banyak berubah dan lagi pun isu-isu yang dibawa pembangkang adalah isu-isu yang diwarisi, maka tanggungjawab kerajaan selain cuba menyelesaikan isu-isu tersebut juga memberi kefahaman kepada rakyat mengenainya.

Kerajaan Sabah hari ini tiada isu baharu yang menyebabkan rakyat terpengaruh, malah kerajaan dilandasan tepat dan betul dan terus mengatur berbagai strategi memajukan dan membangun negeri selain merealisasikan Hala Tuju Sabah Maju Jaya.

Matlamat kerajaan adalah pengwujudan kestabilan politik, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat, dan ianya direalisasikan menerusi kutipan hasil negeri yang terus meningkat selain nilai perdagangan serta kemasukan pelaburan.

Pembangkang tiada modal untuk menafikan pencapaian kerajaan, sebab itu mereka memilih isu-isu kemudahan asas yang memerlukan masa dan kewangan untuk menyelesaikannya.

Isu-isu kemudahan asas bukan hanya timbul dalam tempoh pemerintahan Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor yang bermula pada September 2020, akan tetapi telah wujud berdekad-dekad.

Pemimpin kerajaan tersangat sedar berkaitan isu-isu kemudahan asas, atas sebab itu berbagai tindakan dilaksanakan samaada jangka pendek mahupun panjang.

Tindakan-tindakan itu ada yang sedang berjalan, ada yang dalam proses pelaksanaan, dan apa yang pasti apabila semua tindakan itu siap kelak, isu-isu kemudahan asas tidak akan diwariskan lagi.

Tersangat nyata dan pasti, apabila kerajaan dipimpin oleh pemimpin yang tidak perlu merujuk pada mana-mana pihak, maka kadar penyelesaian cukup tinggi dan pasti.

Apabila ada pihak yang hanya bersifat sebagai proksi cuba mempengarahui rakyat dan mahukan rakyat menyokong, maka ingat, isu-isu kemudahan asas diwariskan kepada Kerajaan Sabah hari ini. dan pastikan ianya tidak berulang.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .