Home » Kesan konflik Asia Barat terhadap kehidupan rakyat
Politik Sudut Pandangan

Kesan konflik Asia Barat terhadap kehidupan rakyat

Kebimbangan yang berlaku, apabila konflik asia barat berlaku maka memberi kesan pada pengeluaran minyak, kerana negara-negara teluk adalah sumber minyak bagi negara.

SETIAP konflik menyebabkan ketenteraan pasti memberi kesan terhadap kehidupan negara ini, atas sebab ketergantungan perekonomian negara pada pasaran global.

Perang antara Russia-Ukrine belum mereda, dan kerana perang itu menyebabkan makanan haiwan menjadi mahal, dan kesannya daging ayam dan telur naik harga.

Terkini Iran menyerang Isreal, walaupun dipihak yang menyerang, serangan itu tamat, dan tiada hasrat meneruskannya kecuali jika Isreal bertindak balas.

Kebimbangan yang berlaku, apabila konflik asia barat berlaku maka memberi kesan pada pengeluaran minyak, kerana negara-negara teluk ada lah sumber minyak bagi negara.

Jika pengimportan minyak daripada negara-negara berkenaan terbantut, maka Malaysia terpaksa menggunapakai minyak keluaran sendiri yang jauh lebih mahal (kerana kualiti yang lebih baik), maknanya harga minyak dalam negara akan naik lebih 2 kali ganda.

Sudah menjadi kelaziman di negara ini kenaikan harga bahan bakar akan diikuti kenaikan harga barangan lain secara menyeluruh.

Apabila kenaikan harga membabitkan keperluan harian rakyat, maka kos sara hidup akan melambung tinggi.

Kenaikan Kos sara hidup di negara ini kesan daripada pandemik Covid-19, perang Russia-Ukrine dan kini menunggu masa kesan konflik Asia Barat.

Setakat ini, belum ada tanda-tanda kos sara hidup dalam negara dapat dipulihkan, dan bertambah buruk lagi ekoran konflik Asia Barat.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment