Home » Peruntukan untuk kawasan pembangkang
Politik Sudut Pandangan

Peruntukan untuk kawasan pembangkang

Perbezaan antara wakil rakyat kerajaan dan pembangkang, hanya terletak pada peruntukan ADUN, kerana wakil rakyat kerajaan mempunyai akses langsung pada peruntukan itu, manakala pembangkang tidak. (Gambar hiasan)

SUDAH merupakan praktikal mana-mana kerajaan tetap menyalurkan peruntukan pada mana-mana kawasan termasuklah kawasan yang diwakili pembangkang.

Peruntukan kerajaan disalurkan menerusi Pejabat Daerah, atas sebab, pejabat daerah lah yang mengawal bentuk projek di kawasan masing-masing samada meliputi Parlimen ataupun Dewan Undangan Negeri (DUN).

Projek-projek kecil (one-off) antara lain menaikan taraf jalan kampung, jalan pertanian, membina gabian dan sebagainya adalah bentuk projek-projek (one-off) samada ianya disenaraikan oleh wakil-wakil rakyat akan tetapi juga perorangan (melalui wakil rakyat).

Projek-projek berbentuk (one-off) boleh mendapat peruntukan menerusi berbagai kementerian termasuk peruntukan khas pembangunan Jabatan Ketua Menteri.

Apabila Ketua Menteri memberi tahu Sidang Dun Sabah (22-25 April) bahawa wakil rakyat pembangkang juga boleh memohon peruntukan bagi kawasan masing-masing asalkan untuk kepentingan rakyat, kerajaan tidak mempunyai halangan meluluskannya.

Perbezaan antara wakil rakyat kerajaan dan pembangkang, hanya terletak pada peruntukan ADUN, kerana wakil rakyat kerajaan mempunyai akses langsung pada peruntukan itu, manakala pembangkang tidak.

Bagi kawasan pembangkang, projek-projek kecil untuk kepentingan rakyat samada diatur oleh pejabat UPPM atau pun Pejabat Daerah. Ertinya, setiap kawasan kekal mendapat peruntukan ADUN hanya cara pengurusannya sahaja yang berbeza.

Memang ketara apabila berkaitan sumbangan berbentuk individu seperti tangki air, kenampakan mereka yang menyokong kerajaan mendapat keutamaan, akan tetapi pada hakikatnya ianya tidak lah demikian, kerana sebarang bantuan berbentuk perorangan hendaklah permohonan itu menerusi Pejabat Daerah atau pejabat UPPM.

Sudah menjadi kelaziman mereka yang tidak menyokong kerajaan terutama ahli parti pembangkang tidak akan membuat permohoan, kerana mereka bimbang dicap sebagai penyokong parti kerajaan, dan bimbang rakyat yang menyokong mereka tidak menyokong lagi.

Pada hakikatnya wakil rakyat pembangkang mahukan kemajuan dan pembangunan di kawasan yang diwakili tidak berkembang supaya dijadikan modal mempengaruhi rakyat semasa pilihan raya. Pada masa sama agensi yang mewakili kerajaan iaitu Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) cuba menyelesaikan isu-isu yang timbul di kawasan-kawasan sedemikian dengan berganding bahu dengan pejabat daerah, ertinya kerajaan off-day tetap membela rakyat secara umum.

Dakwaan wakil rakyat pembangkang bahawa Ketua Menteri menipu berkaitan pertuntukan di kawasan yang diwakili pembangkang hanya bermotif politik dan cuba menafikan tindakan kerajaan.

Tujuan dan misi kerajaan adalah memajukan dan membangun negeri agar rakyat mendapat kemakmuran dan kesejahteraan, dan tindakan kerajaan bersifat menyeluruh (insklusif) tidak mengkotak-kotakkan kawasan, melainkan setiap kemajuan dan pembangunan perlu dirasai segenap rakyat.

Contoh sederhana adalah berkaitan pembangunan modal insan iaitu biasiswa atau bantuan kewangan untuk melanjutkan pelajaran, anak-anak pemimpin pembangkang juga diberikan, kerana bagi pandangan kerajaan, mana-mana anak Sabah yang berkebolehan perlu dibantu.

Kepada rakyat Sabah jangan lah terpengaruh dengan dakyah pembangkang, bahawa kerajaan menafikan kemajuan dan pembangunan di kawasan mereka.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment