Home » PTPS punyai peranan penting bantu selesaikan isu NRW
Berita Tempatan Politik

PTPS punyai peranan penting bantu selesaikan isu NRW

Joachim (depan, tengah) bersama jawatankuasa baharu PTPS merakamkan gambar kenangan.

KOTA KINABALU: Persatuan Tukang Paip Sabah (PTPS) mempunyai peranan penting dalam usaha kerajaan menyelesaikan isu  Air Tidak Terhasil (NRW) di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Dr. Joachim Gunsalam berkata, tukang paip adalah sangat penting dan kerajaan boleh memohon kerjasama persatuan ini untuk mengurangkan lagi NRW di Sabah.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Makan Malam PTPS di sini, semalam.

Beliau yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, industri perpaipan memainkan peranan penting bagi memastikan kehidupan komuniti berjalan lancar.

“Komitmen cemerlang anda sangat dipuji, saya yakin PTPS akan menjadi tulang belakang kepada semua tukang paip di seluruh negeri.

“Kepakaran, pengalaman dan semangat anda semua sudah pasti akan menyumbangkan perkembangan dan kemakmuran industri ini,” katanya.

— Yap Siong Han

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment