Home » Propaganda MP Kota Belud:”Jika minta bantuan perlu jadi Ahli GRS”
Politik Sudut Pandangan

Propaganda MP Kota Belud:”Jika minta bantuan perlu jadi Ahli GRS”

Nampaknya MP Kota Belud itu ketandusan modal untuk menarik sokongan rakyat sehinggakan menggunakan hujah dangkal yang memakan diri sendiri.

RATA-RATA pemimpin sedar dalam politik tiada paksaan, undi rahsia, keahlian seseorang dalam parti politik yang terpaksa tidak membawa apa-apa keuntungan, malah lebih banyak mudarat daripada kebaikan.

Ertinya jika berkaitan bantuan pada rakyat yang layak, tiada syarat yang diperlukan, seperti mana rakyat bebas membeli minyak paket bersubsidi, minyak RON95 dan Diesel.

Pada kerajaan rakyat yang layak mendapat bantuan terbahagi pada berbagai kategori, ada yang tersenarai dalam e-kasih, OKU, ibu tunggal, anak yatim. Golongan rakyat yang termasuk dalam kategori ini, tiada syarat iringan, seperti mana dakwaan MP Kota Belud daripada Parti Warisan.

Lagi pun tiada kebenaran jika menjadi ahli GRS, maka akan mendapat bantuan kerajaan, walaupun bukan kategori yang perlu bantuan.

Di Sabah berbagai bantuan kerajaan yang meliputi berbagai aktiviti, seperti pekebun, petani, nelayan. Golongan ini terus mendapat bantuan kerajaan tidak kira latar belakang fahaman politik, malah suatu ketika dahulu semasa era kerajaan Warisan, seorang wakil rakyat yang juga Timbalan Ketua Menteri tersenari sebagai penerima bantuan musim tengkujuh.

Misi kerajaan GRS sangat jelas, mengurangkan insiden kemiskinan, meningkatkan taraf kehidupan rakyat. Apabila bercakap berkaitan rakyat, maka ianya secara insklusif atau menyeluruh, bukan seperti mana era Kerajaan Parti Warisan, awal-awal lagi Ketua Menteri memberi amaran pada rakyat supaya jangan bergantung pada bantuan kerajaan.

Kerajaan yang komited untuk mencipta kemakmuran dan kesejahteraan rakyat, menjadikan bantuan kerajaan sebagai pemudahcara bagi rakyat untuk meningkatkan taraf kehidupan mereka. Atas sebab itu, sejak era Datuk Seri Najib Razak memperkenalkan bantuan tunai kepada rakyat, ianya diteruskan sehingga ke hari ini, walaupun kerajaan telah berganti-ganti.

Nampaknya, MP Kota Belud masih kurang memahami prinsip sesebuah kerajaan seperti mana juga fahaman Presiden parti beliau, bahawa rakyat tidak boleh mengharap bantuan kerajaan, sedangkan bantuan kerajaan, bukan sahaja bermotif sosial akan tetapi juga ekonomi.

Tidak sedar kah MP Kota Belud daripada Parti warisan itu kesan berganda bantuan kerajaan, terutama pada peniaga runcit, petani, nelayan, pekebun dan penjaja kecil-kecilan.

Nampaknya MP Kota Belud itu ketandusan modal untuk menarik sokongan rakyat sehinggakan menggunakan hujah dangkal yang memakan diri sendiri.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .