Home » Rakyat Sabah jangan terjebak dengan nostalgia
Politik Sudut Pandangan

Rakyat Sabah jangan terjebak dengan nostalgia

Kini rakyat Sabah mempunyai platform baharu yang mempunyai misi yang amat jelas iaitu rumah kita, kita jaga iaitu Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Parti gabungan ini menggunakan pendekatan #Sabahfirst, #Sabahforward, #Sabahprosper, #Sabahunited demi Sayangi Sabah. Matlamatnya jelas pengwujudan kestabilan politik, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.


RAKYAT Sabah bukan sahaja wajar bertanya mengapa berpenggal-penggal Parti UMNO yang menerajui kerajaan Pusat dan negeri, akan tetapi kemajuan dan pembangunan negeri jauh ketinggalan, sedangkan Sabah banyak menyumbang pada KDNK Negara, terutama keluaran minyak sawit dan migas (minyak dan gas).

Di Sabah tiada mercu tanda sumbangan migas, akan tetapi di negeri-negeri yang bukan pengeluar mendapat manafaat lebih berbanding Sabah.

Tidak tahu bagaimana lagi mengulas atau memberi komen tentang sebuah parti yang menjadi tunjang kerajaan berpenggal-penggal akan tetapi tidak menunaikan harapan dan aspirasi rakyat, dan apabila hilang kuasa maka membangkitkan nostalgia dan memberi harapan baharu.

Mereka yang membangkit isu-isu nostalgia dan memberi harapan baharu adalah segelinitir pemimpin yang terbuai dengan pangkat dan jawatan sehinggakan kehilangan kemampuan melihat ketinggalan Sabah dan rakyatnya daripada segi kemajuan dan pembangunan.

Segelintir pemimpin yang membangkitkan nostalgia dan memberi harapan baharu pada hakikatnya hanya bertujuan mengekalkan status mereka jauh sekali untuk membela rakyat. Rakyat harus sedar hanya dijadikan batu loncatan dan ditunggang untuk kepentingan peribadi.

Selepas 24 tahun UMNO menerajui kerajaan negeri tidak juga dapat menunaikan aspirasi dan harapan rakyat yang masih terbeban dengan isu-isu kemudahan asas yang sepatutnya tidak berlaku lagi pada sebuah negeri yang merdeka lebih setengah abad.

Pencapaian Umno sebagai tunjang kerajaan Sabah sejak tahun 1994 sehingga 2018 dapat melahirkan segelintir pemimpin kelas kayangan, pemimpin pengampu dan penjilat. Walaupun parti yang mereka pimpin ditolak rakyat sifat mereka tidak berubah malah berusaha meneggakkan benang basah.

Mereka yang kekal dengan pendirian sedemkian melihat para pemimpin yang bergerak ke hadapan untuk membetulkan kesilapan, dianggap sebagai pengkhianat.

Umno pada asasnya telah hilang jatidiri, telah hilang asas perjuangan, dan agar pemimpin parti kekal relevan terpaksa menumpang pada kekuatan parti lain.

Antara fakta hilangnya jatidiri dan asas perjuangan parti itu apabila sanggup menikam kawan dikala diperlukan.

Nota: para mantan pemimpin atau wakil rakyat Umno Sabah yang berhijrah secara berjemaah (keluar daripada Umno) pada Disember 2018 tidak menyebabkan atau punca Umno kehilangan kuasa, atau mana-mana cawangan atau bahagian parti itu terbubar, melainkan tindakan mereka itu untuk melangkah ke keadaan baharu menerusi flatform baharu meneruskan perjuangan untuk merealisasikan harapan dan aspirasi rakyat yang tertangguh berdekad-dekad. Mereka itu tidak boleh digolongkan sebagai pengkhianat, kerana tidak mengkhianati mana-mana pihak melainkan keputusan mereka berpandukan pada naluri mereka sebagai pemimpin, yang mana pada masa itu, tidak pun mampu membentuk sebuah kerajaan atau kekuatan, kerana hanya pemimpin atau wakil rakyat biasa tetapi yakin dengan keputusan dan tindakan akan membawa kebaikan kepada rakyat dan negeri.

Selepas 5 tahun terbukti tindakan mereka itu memang tepat, apabila kemajuan dan pembangunan Sabah mula berada pada landasan betul, dan bergerak ke hadapan untuk merealisasikan harapan dan aspirasi rakyat.

Menggunakan platform baharu untuk mencapai harapan dan aspirasi yang tertangguh berdekad-dekad tidak boleh dikategorikan sebagai pengkhiantan sebaliknya langkah itu adalah keputusan betul, atas sebab, suatu perancangan yang kekal menggunakan acuan yang sama tetapi mengharapkan hasil (output dan outcome) yang berbeza adalah perbuatan ilusi dan lamunan.

Kini rakyat Sabah mempunyai platform baharu yang mempunyai misi yang amat jelas iaitu rumah kita, kita jaga iaitu Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Parti gabungan ini menggunakan pendekatan #Sabahfirst, #Sabahforward, #Sabahprosper, #Sabahunited demi Sayangi Sabah. Matlamatnya jelas pengwujudan kestabilan politik, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .