Home » Pendekatan Kerajaan dalam Kerajaan-berunsur pecah dan perintah
Politik Sudut Pandangan

Pendekatan Kerajaan dalam Kerajaan-berunsur pecah dan perintah

Pendekatan menggunakan dana kerajaan untuk menjadi habuan pada kelompok masyarakat tertentu berunsur pecah dan perintah. (Gambar Hiasan)

Suatu ketika dahulu kesan pendekatan yang sama menyebabkan berbilion ringgit peruntukan untuk menaiktaraf dan menyelenggara serta membina kemudahan asas khususnya untuk luar bandar tidak dapat dikesan di lapangan akan tetapi kemudiannya berakhir dalam beberapa peti di rumah, pejabat, akaun bank dan ada juga berakhir dalam bentuk barangan berharga dan mewah.

Pendekatan kerjaan dalam kerajaan juga berlaku suatu masa lalu apabila jabatan yang mengurus peruntukan Persekutuan diwujudkan, tujuannya agar kerajaan negeri tiada akses terhadap peruntukan itu, kesannya, peruntukan habis digunakan akan tetapi infra yang patut dirasai rakyat tidak sampai kepada sasaran.

Pengwujudan jawatan-jawatan tertentu berelaun yang diatur urus oleh kementerian serta agensi yang dibawah naungan bertujuan untuk mengwujudkan pengelompokan masyarakat yang bersifat politik semata-mata untuk mengikat kelompok itu terus menjadi penyokong, sedangkan jika peruntukan membayar elaun itu digunakan untuk menyediakan, menaiktaraf, menyelenggara kemudahan asas, maka dapat dirasai seluruh rakyat.

Pendekatan menggunakan dana kerajaan untuk menjadi habuan pada kelompok masyarakat tertentu, adalah sebahagian sebab musabab mengapa kemajuan dan pembangunan Sabah begitu ketinggalan berbanding negeri-negeri lain.

Peliknya pedekatan sedemikian tidak dilaksanakan di negeri jiran, Sarawak, kerana di negeri itu, sebarang peruntukan bersumber daripada kementerian, agensi di bawah naungan digunakan secara terus untuk kepentingan rakyat secara menyeluruh, sesuai dengan nama kementerian itu, Kementerian Desa dan Wilayah.

Pendekatan kerajaan dalam kerajaan, tetentunya kelompok masyarakat yang dilibatkan merasa keberuntungan akan tetapi mereka tidak sedar ianya mempunyai kesan pada masyarakat atau rakyat secara umum kerana kos melepas untuk kemajuan dan pembangunan dinafikan.

Nampaknya usaha kerajaan negeri untuk pengwujudan kestabilan politik, kemakmuran dan kesejahteraan secara menyeluruh cuba dilemahkan menerusi pendekatan kerajaan dalam kerajaan, kerana pendekatan sedemikian, bukan bermatlamat mengajar rakyat mengail akan tetapi menjebak dengan pemberian ikan yang bermatlamat jangka pendek untuk mencapai matlamat politik.

Rakyat Sabah sepatutnya tidak perlu terjebak dan dipatuk ular daripada lubang yang sama kerana kesannya cukup perit, sepertimana dihadapi dan berlarutan sehingga kini. Apabila termakan umpan maka kesannya amat besar dalam masa panjang. Fikir-Fikirkan.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment