Home » GRS: Gabungan parti-parti lokal yang cukup pakej
Politik Sudut Pandangan

GRS: Gabungan parti-parti lokal yang cukup pakej

Pada PRN-17, rakyat Sabah tidak perlu berdepan dengan teka teki, kerana jelas GRS, iaitu gabungan yang dipimpin Ketua Menteri kembali kepada rakyat untuk mendapatkan mandat meneruskan agenda Kerajaan, yakni Halatuju Sabah Maju Jaya.

HAKIKATNYA parti politik untuk Sabah yang cukup pakej adalah Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Gabungan itu dipimpin oleh semua kaum yang ada di Sabah, mempunyai pemimpin berpengalaman, pemimpin muda, selain para pemimpin berintegriti dan berkeupayaan serta berkomitmen.

Rakyat Sabah akan selamat di bawah Kerajaan GRS, kerana misi utama gabungan itu adalah Kestabilan politik, kemakmuran dan kesejahteraan melalui pendekatan SABAH FIRST, SABAH FORWARD, SABAH PROSPER DAN SABAH UNITED DEMI SAYANGI SABAH.

Rakyat boleh menilai hanya dalam tempoh 4 tahun mengambil alih kerajaan yang diwarisi dengan pertumbuhan ekonomi yang negatif, insiden kemiskinan dan pengangguran yang cukup tinggi, kemudahan asas yang daif dan kritikal, akan tetapi secara pasti dan fokus menanganinya menerusi Halatuju SABAH MAJU JAYA.

Dalam 6 kerajaan yang telah memerintah Sabah, hanya kerajaan GRS yang benar-benar fokus tentang kutipan hasil negeri. Kutipan hasil itu bukan menerusi pembalakan, menjual aset negeri, akan tetapi menerusi berbagai sumber baharu dan yang terbaharu adalah Cukai Jualan Negei (CJN) silika dan biojisim dan akan menyusul hasil daripada “carbon credit”.

Ekonomi Biru, adalah sumber pendapatan baharu negeri, sumber semulajadi yang tidak pernah dimanfaatkan sebelum ini. September ini dijangka pakar-pakar ekonomi biru serta yang mereka yang meneroka ekonomi baharu ini akan berkumpul di SICC Sabah dan tentunya hasil konvensyen itu akan dimanfaatkan oleh negeri meneroka ekonomi baharu ini untuk kepentingan rakyat dan negeri.

Startegi Kerajaan GRS di bawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor menganeka- ragamkan sumber untuk meningkatkan hasil negeri dan pada masa sama pengwujudan peluang-peluang pekerajaan agar pendapatan rakyat terus terjamin dan mampan.

Apa yang paling berbeza, adalah pendekatan agen-agen pecah dan perintah yang mempergunakan rakyat demi kepentingan politik untuk jangka masa pendek dengan kaedah “fast money” menerusi jawatan-jawatan politik dan bantuan “one-off” seperti mana dilakukan Presiden Umno menerusi menerusi Kementerian Desa dan Wilayah serta agensi di bawah kementerian itu. Pendekatan seumpama ini dibuat berdekad-dekad, kesannya, rakyat Sabah sedang hadapi sekarang.

Rakyat Sabah tidak boleh lagi terperdaya dengan umpan dan gula jangka pendek sebelaliknya perlu fokus pada masa hadapan, seperti mana dilakukan rakyat Sarawak, dan kini negeri jiran itu sedang menuainya.

Rakyat Sabah walaupun agak terlambat, akan tetapi menerusi Kerajaan pimpinan GRS, harapan untuk mengejar ketinggalan sudah dilandasan betul menerusi Halatuju Sabah Maju Jaya.

Pecapaian halatuju Sabah cuba digugat oleh para pemiimpin petualang dan dibantu para pemimpin yang mengutamakan kedudukan, dengan menjadikan rakyat Sabah sebagai kuda tunggangan, dan pada masa sama rakyat Sabah terus menjadi lemah agar mudah diperkotak-katikan, dan tentu misi utama adalah agar rakyat Sabah kehilangan “bargining power”, seperti mana berdekad-dekad lalu.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment