Home » Misi utama gabungan berbagai parti adalah memperkuatkan gabungan
Politik Sudut Pandangan

Misi utama gabungan berbagai parti adalah memperkuatkan gabungan

Jangan kerana komen atau pendapat pihak lain, misi sebenar gabungan parti-parti untuk memperkuat parti “terbuyar” atau tidak tercapai, kerana isu-isu “remeh” yang tidak bersumber atau “hearsay” apatah lagi menghubungkaitkannya dengan “fisco, blunder” pada prosiding semakan kehakiman SLS pada 16 Mei di Mahkamah Rayuan Kota Kinabalu - Penulis.

MISI sebenar gabungan berbagai parti adalah memperkuat gabungan itu, kerana setiap parti mempunyai sejumlah keahlian. Untuk gabungan kekuatan- sedikit atau ramainya keahlian sebuah parti apabila digabungkan (patak-patak) ianya menjadi ramai. Dalam demokrasi, kelebihan satu undipun boleh menang.

Gabungan berbagai parti bukan untuk menyelamatkan pemimpin parti yang sedikit keahlian. Jika ada yang menganggap demikian, maka kewajaran menerima sesebuah parti kecil dalam sesuatu gabungan lari daripada misi untuk membentuk kekuatan, kerana tentunya akan wujud pertembungan kepentingan antara pemimpin di kawasan-kawasan tertentu.

Jika wujudnya konflik di sesebuah kawasan samada di peringkat DUN atau Parlimen, maka kerusi yang sepatutnya boleh dimenangi tidak dimenangi kerana berlaku sabotaj antara satu sama lain.

Penulis mendengar beberapa pendapat tentang protes pada parti yang tidak menyandang sebarang kerusi tetapi diterima sebagai parti komponen, kerana kecenderungan parti itu meminta jatah kerusi pada pilihan raya.

Bagi pendapat penulis, permintaan untuk diberikan kerusi untuk ditandingi tidak salah, melainkan perlu akur bertanding di kawasan yang tidak disandang parti-parti gabungan atau dalam ertikata lain, status quo dikekalkan.

Parti yang tidak berkerusi jika mahu bertanding maka bertanding di kawasan yang disandang parti yang menjadi lawan, jika memang parti gabungan mendapati calon daripada parti itu adalah calon boleh menang, kerana sebuah gabungan apabila bertanding ianya rentas parti, tidak lagi melihat daripada parti komponen mana, melainkan calon gabungan!!!.

Penulis terbaca satu artikel yang disiarkan menerusi The Star yang “memetik” bebebarapa pendapat daripada “pemimpin” Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kononnya mempersoalkan keputusan menerima Parti Cinta Sabah (PCS) yang dipimpin Tan Sri Anifah Aman, sambil berkata, keputusan penerimaan itu tidak diputuskan oleh Majlis Kerja Tertinggi (MKT) GRS, melainkan menerusi perjumpaan tidak rasmi di Sri Gaya Kediaman Rasmi Ketua Menteri antara 7 Presiden parti dalam gabungan tersebut.

Penulis tidak faham maksud dan tujuan artikel itu, kerana mempersoalkan kenyataan Setiausaha Agung gabungan itu yang mengandungi persetujuan semua Presiden Parti dalam gabungan yang membawa maksud, keputusan Presiden masing-masing parti adalah juga keputusan MKT setiap parti, demikian juga jika semua presiden bersetuju maka dengan sendirinya MKT gabungan juga bersetuju kerana mereka itu adalah anggota MKT gabungan.

Jangan kerana komen atau pendapat pihak lain, misi sebenar gabungan parti-parti untuk memperkuat parti “terbuyar” atau tidak tercapai, kerana isu-isu “remeh” yang tidak bersumber atau “hearsay” apatah lagi menghubungkaitkannya dengan “fisco, blunder” pada prosiding semakan kehakiman SLS pada 16 Mei di Mahkamah Rayuan Kota Kinabalu. Fikir-Fikirkan.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment