Home » PRN-17 SABAH:Minimum 37 kerusi untuk GRS menang
Politik Sudut Pandangan

PRN-17 SABAH:Minimum 37 kerusi untuk GRS menang

Pada PRN-17, rakyat Sabah tidak perlu berdepan dengan teka teki, kerana jelas GRS, iaitu gabungan yang dipimpin Ketua Menteri kembali kepada rakyat untuk mendapatkan mandat meneruskan agenda Kerajaan, yakni Halatuju Sabah Maju Jaya.

JIKA kerajaan Sabah hari ini yang ditunjangi Parti GRS rakyat mendapatinya mewakili aspirasi dan harapan mereka, maka tidak berdepan masalah mempertahankan kerusi-kerusi yang disandang, kerana kerusi menjamin kelayakan sesebuah parti menubuhkan atau menerajui Kerajaan.

Apa yang paling mustahak dan penting, setiap penyandang sentiasa memperkukuh kekuatan masing-masing di kerusi yang disandang.

Memperkukuh membawa erti sentiasa menyantuni rakyat yang diwakili selain memenuhi keperluan mereka terutama berkaitan kemudahan asas, peluang mendapatkan pendapatan, juga prasarana lain seperti kemudahan pendidikan dan kesihatan.

Betul daripada sejumlah kerusi yang disandang ada yang dimenangi menerusi kaedah First Past The Post (FPTP) dan ada dibawa daripada parti lain yang membawa erti, boleh sahaja kawasan-kawasan sedemikian ditawan parti atau calon lain. Kerana berkeadaan demikian, maka setiap penyandang memahami kedudukan masing-masing, dan tentunya mempunyai strategi mempertahankan kerusi.

Setiap pilihanraya, setiap parti yang menyertainya mempunyai tujuan menang sekurang-kurangnya majoriti mudah untuk dapat membentuk kerajaan. Demikian juga yang berlaku pada PRN-17 Sabah akan datang, setiap parti bermisi untuk mendapat jumlah yang diperlukan iaitu 37/73.

Di Sabah masa ini, kedudukan wakil-wakil rakyat yang menyandang kerusi agak unik, kerana kerusi-kerusi yang dimenangi berbeza dengan senario politik pada PRN-17, kerana berlaku pertembungan silang, dulu kawan menjadi lawan, dulu lawan menjadi kawan.

Tiada mana-mana wakil rakyat yang menang pada PRN-16 boleh menafikan bahawa kemenangan kerana kesan pada kerjasama antara parti-parti semasa PRN tersebut, dan berbeza dengan PRN-17 yang boleh dianggap pendekatan yang baharu.

Menerusi pendekatan yang baharu ini lah akan dibuktikan kesan penggabungan berbagai parti apakah dapat diterjemahkan menerusi kerusi yang diperlukan.

Memandangkan calon-calon parti yang memperatahankan kerusi masing-masing bukan lah baharu dalam dunia politik tentu mengetahui sejauh mana kekuatan masing-masing, selain mempunyai strategi tersendiri untuk kekal diberi mandat pengundi.

Pada PRN-17 akan datang mana-mana kerusi yang dimenangi bersandar pada faktor calon, faktor parti, faktor kawasan, faktor etnik dan faktor pemimpin parti (dilantik Ketua Menteri).

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sudah tentu mengekalkan Pengerusinya yang juga Ketua Menteri penyandang untuk jawatan Ketua Menteri, manakala Parti Warisan adalah Presiden parti itu dan Umno pula Ketua Umno Sabah.

Tradisi pilihan raya negeri, rakyat mengundi parti yang mana pemimpinnya mempunyai kebarangkalian tinggi menjadi Ketua Menteri dan kerana pertimbangan demikian maka rakyat berkecenderungan menyokong calon-calon yang diwakili atau dipimpin oleh pemimpin yang bakal Ketua Menteri.

Pada PRN-17, rakyat Sabah tidak perlu berdepan dengan teka teki, kerana jelas GRS, iaitu gabungan yang dipimpin Ketua Menteri kembali kepada rakyat untuk mendapatkan mandat meneruskan agenda Kerajaan, yakni Halatuju Sabah Maju Jaya. Memilih parti lain yang belum jelas agenda dan halatuju, boleh menyebabkan agenda memajukan dan membangun negeri terbantut, sepertimana pengalaman rakyat apabila kerajaan bertukar sebanyak 6 kali sebelum ini, kesannya apa yang dihadapi rakyat pada masa ini tidak sebanding dengan kerajaan yang tidak bertukar seperti Negeri Sarawak. Fikir-Fikirkan.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment