Home » Kepimpinan perlu diterjemahkan menerusi kerusi
Politik Sudut Pandangan

Kepimpinan perlu diterjemahkan menerusi kerusi

Rakyat Sabah perlu sedar sesedarnya, berbagai kaedah digunakan agar tidak terwujud SARAWAK KEDUA!!!!. Kerana itu rakyat Sabah perlu terus berdiri teguh bersama GRS yang bermisi Sabahfirst, Sabahforward, Sabahprosper dan Sabahunited Demi Sayangi Sabah- Penulis.

CABARAN setiap pemimpin parti politik adalah menterjemahkan kepimpinan menerusi kerusi, kerana kerusi pengukur kekuatan.

Parti yang mempunyai cukup kerusi boleh menubuhkan kerajaan.

Oleh kerana kerusi menjadi ukuran, maka parti politik menyusun struktur parti berdasarkan pemimpin yang mempunyai kekuatan di kawasan masing-masing atau secara umumnya pemimpin yang mewakili segmen rakyat yang ramai.

Di Sabah Parti Gabungan Rakyat (GRS) yang mempunyai 8 parti komponen mempunyai struktur kepimpinan yang meliputi semua kaum, meliputi semua kawasan. Kombinasi para pemimpin ada yang baharu ada yang veteran dan secara umum mewakili segmen kaum yang terbesar di kawasan masing-masing. Selain itu mereka juga merupakan pemimpin setempat, dan kerana itu ada di antara mereka, bertanding walaupun tanpa parti boleh menang.

GRS yang dipengerusikan oleh Presiden Gagasan Rakyat yang juga Ketua Menteri Sabah akan memasuki pilihan raya pada PRN-17 sebagai kerajaan incumbent. Untuk mempertahankan kerajaan maka memerlukan minimum 37/73. Di atas kertas, ianya bukan masalah, memandangkan rata-rata kawasan/DUN yang disandang boleh dikatakan wilayah gabungan itu. Masing-masing penyandang adalah pemimpin setempat misalnya Ketua Menteri di DUN Sulaman.

Penulis yakin para wakil rakyat GRS sejak diberi mandat pada PRN-16 September 2020 telah bekerja keras dan menyantuni rakyat yang diwakili. Selain itu program-program kerajaan yang di bawah ke kawasan masing-masing juga membantu mereka untuk terus mendapat sokongan rakyat.

Kerajaan negeri yang diterajui GRS-PH Plus memperuntukan RM3juta setahun bagi setiap DUN untuk menyelesaikan berbagai kemudahan asas untuk kebaikan rakyat.

Sesuai dengan Halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ) berbagai strategi dan pendekatan kerajaan memajukan dan membangunkan setiap kawasan/daerah daripada Pulau Banggi ke Pulau Sebatik. Menerusi kemajuan dan pembangunan maka diharapkan rakyat menuju kemakmaruan dan kesejahteraan.

Memajukan dan membangunkan negeri bersama rakyat memerlukan sumber kewangan, kerana itu kerajaan pimpinan Ketua Menteri terus berusaha meningkatkan hasil negeri menerusi berbagai cara termasuk meneroka ekonomi biru.

Apabila negeri dapat meningkatkan hasil, maka mempunyai dana yang mencukupi untuk terus membela , merealisasikan harapan dan aspirasi rakyat.

Telah sampai masa, hanya menerusi kerajaan yang diterajui parti tempatan/lokal sahaja yang boleh merealisasikan harapan dan aspirasi rakyat, kerana pengalaman berdekad-dekad apabila bergantung pada parti luar yang dicatur oleh pemimpin bukan tempatan, maka rakyat Sabah hanya menjadi kuda tunggangan untuk mencapai hasrat mereka, misalnya apa yang berlegar-legar di media sosial atau media atas talian, bagaimana pemimpin luar “menyakau” peruntukan Persekutuan untuk Sabah di bawah Kementerian Desa dan Wilayah (KKDW) kononnya untuk membantu rakyat Sabah, akan tetapi sebenarnya ianya hanya kedok untuk menyakau peruntukan itu untuk kepentingan peribadi.

Tersangat jelas apabila peruntukan Persekutuan di bawah KKDW sebahagian besarnya tidak disalurkan kepada kerajaan negeri, kecuali sebahagian pada agensi kerajaan negeri seperti Lembaga Pembangunan Tanah Negeri Sabah (SLDB), itupun tidak diketahui berapa jumlahnya daripada RM1.41 bilion bagi tahun 2024.

KKDW tidak puas dengan tidak menyalurkan peruntukan terus kepada kerajaan negeri mengwujudkan pula Jawatankuasa Kemajuan Desa Madani (JKDM) sebagai agen pecah dan perintah di peringkat akar umbi. Matlamatnya selain talian hayat pada Parti Umno juga agar rakyat Sabah tidak bersatu dan terus berpecah, kerana apabila berpecah maka mudah diperkotak-katikan.

Bagi pemimpin Umno, rakyat Sabah tidak boleh bersatu, kerana apabila bersatu maka akan mempunyai “bargining power” seperti rakyat Sarawak. Rakyat Sabah perlu sedar sesedarnya, berbagai kaedah digunakan agar tidak terwujud SARAWAK KEDUA!!!!. Kerana itu rakyat Sabah perlu terus berdiri teguh bersama GRS yang bermisi Sabahfirst, Sabahforward, Sabahprosper dan Sabahunited Demi Sayangi Sabah.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment