Home » Berjuang bersama lebih baik daripada bergerak sendiri
Politik Sudut Pandangan

Berjuang bersama lebih baik daripada bergerak sendiri

Masing-masing pemimpin kena menerima hakikat, ketua hanya satu, sepertimana lokomotif hanya ada satu kepala, apabila kepala bergerak maka gerabak akan ikut sama.

ASAS parti-parti bergabung adalah misi dan perjuangan yang sama. Apabila mempunyai asas yang sama maka tidak timbul persaingan.

Dalam pilihan raya, parti-parti dalam gabungan menggunakan logo yang sama, ertinya rentas parti, tidak timbul calon atas nama sesebuah parti. Jika ada pihak berhujah akan timbul konflik pada gabungan parti-parti, mereka itu mewakili parti lawan.

Apabila parti gabungan mecalonkan seseorang mewakili gabungan semasa pilihan raya atas pertimbangan bahawa calon itu adalah calon boleh menang, calon terbaik daripada yang terbaik.

Rungutan pemimpinan dalam parti gabungan tidak dapat dinafikan, dan rungutan itu biasanya bersifat perseorangan, kerana mendapati, ada calon lain lebih baik, maka peluang tidak dicalonkan tinggi. Akan tetapi jika semua pemimpin berpendapat lebih baik menang bersama berbanding memenuhi kepentingan peribadi, maka dengan sendirinya sebarang isu akan selesai dan reda.

Yakinlah seorang pemimpin mempunyai peranan masing-masing, tidak semestinya hanya sebagai wakil rakyat. Sumbangan menerusi kapasiti lain terbuka luas. Apabila semua pemimpin mengoptimumkan kapasiti masing-masing, maka parti yang dipimpin tentunya mendapat sokongan tidak berbelah bahagi daripada rakyat.

Masing-masing pemimpin kena menerima hakikat, ketua hanya satu, sepertimana lokomotif hanya ada satu kepala, apabila kepala bergerak maka gerabak akan ikut sama.

Dalam parti politik, patuh dan setia kepada kepimpinan maka menyerlah parti itu, kerana rakyat berminat pada parti yang tiada kacau ganggu untuk membolehkan para pemimpin dapat menumpukan masa, tenaga dan fikiran membela untung nasib rakyat. Fikir-Fikirkan.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .