Home » Rakyat Sabah harus bersatu hati sokong GRS
Politik Sudut Pandangan

Rakyat Sabah harus bersatu hati sokong GRS

Apabila GRS menerajui kerajaan negeri, para pemimpin parti itu sebulat suara tanpa kompromi menuntut hak-hak (sama sekali tidak melibatkan hak-hak mana pihak) untuk ditunaikan kerana hak-hak itu untuk meningkatkan kemajuan dan pembangunan negeri yang telah terabai berdekad lamanya.

PELUANG rakyat Sabah mendapatkan hak-hak sepertimana dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) apabila menyokong kepimpinan Negeri hari ini, kerana jelas mempunyai tekad tanpa kompromi apa yang terdapat dalam MA63 wajib ditunaikan.

Hak-hak Sabah itu adalah keistimewaan yang dipersetujui semasa pembentukan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 antara Sabah-Sarawak-Malaya (mewakili negeri-negeri di Semeanjung) dan Singapura (walaupun Singapura dikeluarkan pada tahun 1965).

Keistimewaan dan tanggungjawab sangat berbeza, kerana keistimewaan mencakupi hak dan tanggungjawab (dua isu yang berbeza).

Sementara Persekutuan melaksanakan tanggungjawab sebagai pemerintah meliputi seluruh negara, pada masa yang sama juga perlu mematuhi hak-hak yang diersetujui antara lain tuntutan 40 peratus hasil bersih Persekutuan daripada Sabah.

Semasa MA63 dimaterai, Sabah dan Sarawak yang jauh ketinggalan daripada segi kemajuan dan pembangunan diberi keistimewaan agar boleh mengejar ketinggalan berbanding Malaya yang lebih awal merdeka iaitu tahun 1957.

Malangnya apa yang termaktub dalam MA63 tidak dilaksana, malah mana-mana pemimpin Sabah yang membangkitkan perkara itu disingkir kerana itu Sabah telah 6 kali berubah kerajaan.

Apabila GRS menerajui kerajaan negeri, para pemimpin parti itu sebulat suara tanpa kompromi menuntut hak-hak (sama sekali tidak melibatkan hak-hak mana pihak) untuk ditunaikan kerana hak-hak itu untuk meningkatkan kemajuan dan pembangunan negeri yang telah terabai berdekad lamanya.

Para pemimpin GRS tidak sanggup lagi mewariskan pada generasi akan datang berkaitan hak-hak negeri kerana ianya sudah berlarutan cukup lama.

Perjuangan para pemimpin GRS memang tidak lancar, kerana masih terdapatnya usaha-usaha berlatar belakangkan politik untuk menggagalkan menerusi perpecahan rakyat, kerana di masa lalu keadah yang sama digunakan untuk membantutkan tuntutan hak-hak dalam MA63.

GRS hanya akan berjaya mencapai misinya jika rakyat Sabah menyokong tanpa belah bahagi pada PRN-17 akan datang dan perlu menang kuasa 2/3.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment