Home » Dakwaan karut pemimpin Warisan bukti ketandusan modal raih sokongan rakyat
Politik Sudut Pandangan

Dakwaan karut pemimpin Warisan bukti ketandusan modal raih sokongan rakyat

Tindakan Ketua Penerangan Parti Warisan (WARISAN), Datuk Mohd Azis Jammanmenyamakan kerajaan GRS sebagai Fir’aun, adalah perbuatan yang amat jijik dan tidak boleh diterima, kerana bertindak mengambil kuasa Tuhan.

APABILA pemimpin parti politik ketandusan modal minta sokongan rakyat maka akan bertindak gila dan bertukar sebagai manusia tidak bertamadun dengan membuat berbagai dakwaan karut sepertimana dilakukan Ketua Penerangan Parti Warisan Datuk Aziz Jamman yang mengaku Parti Warisan seperti Nabi Musa melawan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebagai Fir’aun.

Fir’aun adalah nama kerajaan Kuno Mesir yang menolak ajaran Nabi Musa.

Raja Fir’aun dilaknati Allah SWT kerana kezaliman juga tidak menerima ke-Isaan Allah SWT.

Tindakan Aziz menyamakan kerajaan GRS sebagai Fir’aun, adalah perbuatan yang amat jijik dan tidak boleh diterima, kerana bertindak mengambil kuasa Tuhan.

AJK Biro Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) ,Halil Ruffili (kiri) dan Tsabbit Mukti (kanan) menunjukkan laporan polis yang dibuat pada Sabtu terhadap Ketua Penerangan Parti Warisan (WARISAN), Datuk Mohd Azis Jamman susulan tuduhan menyamakan komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sama seperti ‘Firaun’.

Para pemimpin GRS tidak sedikit yang beriman, kerana di kalangan mereka itu ada yang bergelar haji, mentaati Rukun Islam dan Rukun Iman.

Juga tidak sekelumitpun perbuatan atau tindakan para pemimpin GRS yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama bertindak menzalimi mana-mana manusia atau rakyat termasuk lah para pemimpin dan penyokong Parti Warisan. Bukan itu sahaja para pemimpin GRS juga memulihara dan menjaga alam semulajadi termasuk fauna dan flora.

Cuba bayangkan binatang dan serangga di hutan, ikan di laut, burung di udara dijaga dan dipulihara, adalah tidak dapat diterima oleh akal yang normal, para pemimpin GRS disamakan dengan Fir’aun.

Laporan polis terhadap Ketua Penerangan Parti Warisan itu bukan sahaja perlu disiasat, akan tetapi satu tindakan drastik perlu diambil agar manusia seperti itu diasingkan daripada masyarkat dan perlu dipulihkan aqidahnya.

Pemimpin yang lemah aqidahnya tidak perlu dibiarkan dalam masyarakat berbilang kaum dan agama kerana membawa kemudaratan yang cukup besar, walaupun mungkin hanya penyokong Parti Warisan yang membuta tuli menerimanya.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment