Home » “Individu perosak” dan “agen pemecah belah” wajar diasingkan daripada masyarakat
Politik Sudut Pandangan

“Individu perosak” dan “agen pemecah belah” wajar diasingkan daripada masyarakat

Kenyataan Ketua Penerangan Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Mohd Azis Jaman yang mengatakan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sama seperti Firaun menerusi satu klip video, adalah satu tindakan yang amat terdesak.

“INDIVIDU perosak” dan “agen pemecah belah” seperti Ketua Penerangan Parti Warisan, Datuk Aziz Jamman tidak wajar dibenarkan bebas bercampur gaul dengan masyarakat, kerana akan mengundang huruhara masyarkat islam, kesan daripada tindak tanduk mantan Ketua Wira Parti Warisan tersebut.

Menyamakan Kerajaan GRS sebagai kerajaan Fir’aun adalah perbuatan biadap serta di luar konteks politik.

Manusia berakal tidak mungkin menyamakan sebuah kerajaan yang dipimpin penganut agama islam yang sedikitpun tiada unsur kezaliman apatah pemerintahan Fir’aun.

Manusia tidak berakal aka gila adalah manusia yang berpenyakit mental, supaya tidak membahayakan orang lain kena diasingkan untuk pemulihan.

Cadangan mendakwa Ketua Penerangan Parti Warisan itu di mahkamah hanya buang masa, atas sebab orang gila atau sakit mental kena ditangani sesegera mungkin untuk membendung supaya tidak melakukan perbuatan biadap yang boleh menimbulkan ketegangan antara masyarakat.

Aziz bukan lah individu yang digeruni atau dibimbangi dalam arena politik, kerana tiada apa-apa pun dalam dunia politik kecuali sebagai Ketua Penerangan Parti Warisan, kerana telah ditolak rakyat dalam pilihan raya.

Maksud mengasingkan mantan MP Sepanggar itu daripada masyarakat agar dapat pulih daripada kecelaruan fikiran yang menyebabkan hilang akal menyerupai sakit mental atau gila. Bukan pelik apabila seseorang berdepan dengan kecelaruan fikiran, maka mengalami halusinasi, kerana itu tidak jarang seseorang seumpama ini boleh bertindak di luar kawalan termasuk mencederakan orang lain atau membunuh.

Sebelum keadaan menjadi parah kesan tindak tanduk Ketua Penerangan Parti Warisan itu, adalah elok diamankan dengan segera dengan cara mengasingkan daripada masyarakat atau orang ramai.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau.