Home » Masa depan Sabah di tangan rakyat, sokonglah parti yang mengangkat agenda Sabah
Politik Sudut Pandangan

Masa depan Sabah di tangan rakyat, sokonglah parti yang mengangkat agenda Sabah

Rakyat Sabah pada masa sekarang mempuyai barisan pemimpin yang memimpin Kerajaan Negeri. Para pemimpin itu bukan sahaja terbukti akan tetapi komited memperjuangkan hak-hak negeri dan rakyatnya.

MASA depan negeri terletak di tangan rakyat. Caranya rakyat perlu menyokong parti yang secara terang-terangan mengangkat agenda Sabah: Sabah First, Sabah Forwad, Sabah Prosper dan Sabah United Demi Sayangi Sabah. Menerusi pendekatan ini rakyat mengangkat parti lokal untuk memperkukuh agenda nasional.

Rakyat sendiri kena bersatu untuk mengwujudkan “bargining power” kerana ianya amat penting apabila keputusan perlu dibuat berkaitan hak-hak negeri dan rakyatnya agar sesuai dengan harapan dan aspirasi, supaya tidak timbul lagi keadaan rumah siap pahat berbunyi seperti mana keadaan lalu-lalu apabila keputusan bergantung pada pemimpin luar.

Peluang rakyat Sabah yang terdekat adalah menerusi PRN-17 Sabah. Pada PRN itu rakyat membuat pilihan samada parti lokal atau parti yang berbaur nasional (punca bertukarnya 6 kerajaan berbeza di Sabah).

Diakui rakyat sendiri dalam dilema, atas sebab, pemimpin negeri bercakaran, berlumba-lumba bagaikan enau dalam belukar mengeluarkan pucuk masing-masing, malah ada di antara mereka sanggup bertindak ekstrim dan gila menuduh pemimpin lain sebagai fir’aun.

Selain itu kehadiran pemimpin luar menerusi proksi untuk mengwujudkan pecah dan perintah menambah lagi kerumitan rakyat untuk bersatu.

Rakyat Sabah kena mengambil iktibar pengalaman setengah abad tanpa “bargining power” kepentingan, hak-hak terabai, terbantut, tertangguh, kesannya rakyat terpaksa mengharunginya.

“Bargining Power” rakyat Sabah hanya boleh diterjemahkan di peringkat DUN, kerana di peringkat nasional yang berpandukan pada jumlah kerusi parlimen yang hanya berjumlah 25, itupun sebahagian disandang parti nasional, tidak menjamin “bargining power” negeri, kerana hanya sebagai pelengkap korum bagi mana-mana parti di Semenanjung yang mempunyai kerusi terbanyak membentuk kerajaan Persekutuan.

Apabila rakyat bersatu di peringkat negeri apatah lagi diterjemahkan menerusi kerusi parlimen, maka di masa depan sebarang keputusan, pendekatan berkaitan negeri dengan sendirinya mewakili harapan dan aspirasi rakyat secara umum, dan tentunya tidak berbangkit lagi tuding jari. Apabila tunding jari tidak berbangkit, maka kestabilan terwujud, maka memudahkan kerajaan baik di peringkat negeri atau nasional menjalankan tanggungjawab demi kemakmuran dan kesejaheraan rakyat.

Apabila negeri maju, maka negara juga maju, rakyat juga ikut maju.

Rakyat Sabah pada masa sekarang mempuyai barisan pemimpin yang memimpin Kerajaan Negeri. Para pemimpin itu bukan sahaja terbukti akan tetapi komited memperjuangkan hak-hak negeri dan rakyatnya.

Kenyataan Ketua Menteri yang disokong pemimpin lain berkaitan hak-hak negeri dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan dalam Perkara 112c dan 112D Perlembagaan Persekutuan tanpa kompromi dan wajib ditunaikan adalah barisan kempimpinan yang perlu disokong tanpa berbelah bahagi. Atas sebab itu sokongan perlu direalisasikan menerusi PRN-17 Sabah akan datang.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .