Baru-baru ini Presiden Parti Warisan, YB Datuk Seri Panglima Shafie Apdal telah menyentuh tentang perkara pengambil-alihan syarikat GLC Sabah International Petroleum (SIP) oleh sebuah lagi syarikat GLC, SMJ Energy Sdn Bhd (SMJE) pada “Program Kaamatan Warisan” di Penampang.
Saya tidak pasti sama ada Datuk Shafie tidak memahami perkara tersebut walaupun telah diberi penjelasan yang cukup menyeluruh oleh Menteri Kewangan Sabah, YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun pada sesi soal jawab di Dewan Undangan Negeri pada November, 2023, ataupun beliau sengaja mengulang-ulang perkara yang sama?
Lihat (minit ke 21:00): https://www.youtube.com/watch?v=bof_yoTB9hc… :
Perkara tersebut juga telah dijawab oleh Setiausaha Tetap (SUT) Kementerian Kewangan Sabah, Datuk Mohd Sofian Alfian Nair, dalam suatu kenyataan akhbar yang bertarikh 29 Mei 2024.
Lihat: https://www.thestar.com.my/…/sabah-finance-ministry…
Sebelum ini, Datuk Shafie sekali lagi membangkitkan perkara SIP dan penyelarasan hutang RM900 juta kepada Sabah Development Bank Berhad (SDBank) dalam sidang media Parti Warisan pada 22 Mei, 2024 dan hanya dilaporkan oleh pihak portal akhbar The Vibez pada 29 Mei 2024.
Lihat: https://www.thevibes.com/…/shafie-calls-for-probe…
Secara ringkasnya, pengambil-alihan SIP oleh SMJE merupakan sebuah penstrukturan semula GLC yang bermasalah. Pinjaman sukuk yang diambil oleh SMJE untuk membayar hutang SIP kepada SDBank telah membenarkan SIP menjimat lebih RM60 juta setahun kerana bunga Sukuk adalah jauh lebih rendah daripada bunga hutang kepada SDBank. RM900 juta itu juga kini boleh digunapakai SDBank untuk tujuan laburan semula atau untuk meneruskan operasi SDBank untuk terus menjana pendapatan (recapitalisation). Ini dilihat sebagai suatu “win-win-win” situation kerana 1, SIP jimat RM60 juta setahun, 2, SDBank mendapat capital untuk teruskan perniagaan, 3, masalah lampau Kerajaan Negeri ini diselesaikan ONCE AND FOR ALL.
Sejak pengambilalihan SIP, SMJE telah menerima RM271 juta revenue dan RM397 juta daripada pemilikan 10% Petronas LNG9. PLNG9 ini akan terus menjana keuntungan, dijangka lebih kurang RM150 juta setahun.
Exercise ini tidak boleh diklasifikasikan sebagai “bail-out” seperti yang dituduh oleh Datuk Shafie kerana pada akhirnya, duit RM900 juta itu masih milik Kerajaan Negeri dan digunakan oleh GLC Kerajaan Negeri untuk terus menjana pendapatan untuk Negeri Sabah dan akhirnya akan dinikmati oleh Rakyat Sabah.
Isu hutang SIP dan juga pinjaman-pinjaman yang diberi kepada syarikat Semenanjung merupakan masalah yang diwarisi oleh Kerajaan GRS dan juga oleh Kerajaan Warisan dahulu. Bezanya, kerajaan GRS berjaya untuk menyelesaikan masalah lampau SIP ini dan sekaligus membawa manfaat kepada Negeri Sabah dan rakyatnya dengan meningkatkan pendapatan Negeri.
*Gordon Horace Chin merupakan Setiausaha Akhbar di Kementerian Kewangan Sabah. Beliau juga merupakan Exco Pemuda Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat)
Add Comment