Home » Dakwaan melulu Presiden Warisan terhadap penstrukturan GLC Kerajaan Negeri dedah ketidak cerdikan
Politik Sudut Pandangan

Dakwaan melulu Presiden Warisan terhadap penstrukturan GLC Kerajaan Negeri dedah ketidak cerdikan

Sepatutnya Shafie sebagai pemimpin negeri Sabah patut menyokong tindakan, usaha kerajaan negeri, kerana berkepentingan negeri, menyelamatkan wang negeri yang juga wang rakyat, bukan membuat dakwaan tidak berasas yang mengundang tindakan undang-undang.

TINDAKAN Datuk Seri Shafie Apdal membuat dakwaan tidak berasas terhadap Kerajaan Negeri Sabah hari ini berkaitan penstrukturan pinjaman GLC milik kerajaan negeri, iaitu Bank Pembangunan Sabah (SDB), Sabah International Petrolieum Sdn Bhd dan SMJ Energy Sdn Bhd (SMJE) mencerminkan tiada pengetahuan/ketidak fahaman tatakelola korporat.

Sebagai latar belakang selepas Kerajaan Sabah Hari Ini yang dipimpin Ketua Menteri Datuk Seri Haji Hajiji Haji Noor mengenalpasti isu-isu atau masalah yang dihadapi syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) maka pelan tindakan disusun atur termasuklah penstrukturan pinjaman syarikat-syarikat terkait.

Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, maka tidak boleh membiarkan masalah-masalah yang diwarisi dibiarkan tanpa penyelesaian.

Untuk nota, kerajaan Sabah hari ini bukan sahaja mewarisi berkaitan masalah-masalah GLC juga masalah-masalah berkaitan kemudahan asas dan prasarana daif.

Antara masalah itu adalah bekalan air terawat, walaupun berbagai penyelesaian segera, jangka pendek dan panjang, ada sahaja rakyat yang tidak berpuashati sehinggakan pelajar/mahasiswa yang sepatutnya menggunakan masa yang pada mereka untuk menimba ilmu terhasut untuk mengadakan himpunan berkaitan bekalan air.

Dakwaan melulu Presiden Warisan terhadap penstrukturan SIP, SMJE merupakan langkah korporat yang patut diambil untuk tujuan operasi perniagaan yang lancar mencerminkan kedangkalan pengetahuan mantan Ketua Menteri dan Menteri Kewangan Negeri itu terhadap operasi syarikat peringkat global.

Dalam operasi syarikat yang berorentasi perniagaan berskala besar, tindakan penstrukturan adalah satu pendekatan yang bertujuan memaksimumkan dan mengotimumkan setiap peluang berkaitan bisnes tersebut.

Tindakan kerajaan negeri melaksanakan penyusunan semula hutang melibatkan SDB dan SIP melalui SMJE adalah tindakan tepat dan betul, kerana proses itu telah menghasilkan keadaan menang-menang untuk tiga syarikat itu selain memberi keuntungan kepada Kerajaan sebagai pemilik syarikat.

SDB terbantu dalam beban kupon Bond RM700juta kerana penubuhan SIP, kemudiannya SIP mendapat faedah atas kertas RM60juta kerana pengelibatan SMJE, kemudian SMJE mendapat pulangan segera RM397juta selain RM1.950bilion untuk 13 tahun (2 kali ganda sukuk yang diterbitkan sebesar RM900juta), sebagai tambahan SIP memberi pulangan kepada SMJE setakat ini berjumlah RM271juta.

Peranaan kerajaan untuk menjadikan SDB sihat kewangan semula agar bank itu dapat meneruskan fungsinya melabur pada segmen perniagaan yang memberi pulangan, kerana menerusi pulangan sahaja kerajaan negeri mendapat keuntungan menerusi dividen.

Kerajaan Negeri sangat menyadari berkaitan hutang tidak berbayar (Non-Performing Loan) yang terkait dengan 19 akaun membabitkan syarikat Semenanjung Malaysia yang diluluskan antara 2001-2019 yang berjumlah RM3.3bilion, yang mana RM3.1 bilion dalam bentuk NPL. Sehubungan dengan NPL ini telah ditubuhkan Syarikat Pengurusan Aset (AMC) pada September 2023 untuk mendapatkan semula pinjaman secara agresif sebelum 2026.


Sepatutnya Shafie sebagai pemimpin negeri Sabah patut menyokong tindakan, usaha kerajaan negeri, kerana berkepentingan negeri, menyelamatkan wang negeri yang juga wang rakyat, bukan membuat dakwaan tidak berasas yang mengundang tindakan undang-undang.

Berpolitik pun kena pandang-pandang, kena dengar-dengar, bukan bertindak membabi buta.

Membuat dakwaan tidak berasas, memang bertujuan politik untuk mempengaruhi rakyat agar tidak yakin dengan kepimpinan negeri, sedangkan perbuatan itu adalah tindakan tidak bertanggungjawab, berkepentingan peribadi, kerana mengundang tafsiran bahawa tindakan kerajaan negeri digambarkan sebagai tindakan tidak betul.

Di negara mana pun di dunia ini, tindakan penstrukuturan adalah pendekatan yang digunapakai agar syarikat yang distrukturkan daya saing melonjak, efektif dan berdaya maju.

Kepada rakyat Sabah jangan sesekali terpengaruh dengan dakyah Presiden Warisan itu apabila bercakap berkaitan bisnes, korporat, kerana hanya tin kosong-tiada nilai.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .