Home » Kerajaan komited menangani isu air- tidak perlu bawa PTI untuk protes
Politik Sudut Pandangan

Kerajaan komited menangani isu air- tidak perlu bawa PTI untuk protes

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor melakukan upacara pecah tanah Empangan Hidroelektrik Ulu Padas di Tenom pada Disember tahun lalu (2023). Kehadiran Perdana Menteri yang melakukan upacara pecah tanah Empangan Hidroelektrik Ulu Padas, jelas melambangkan sokongan kerajaan Persekutuan terhadap Sabah, dalam usaha membangunkan infrastruktur asas demi manfaat rakyat di negeri ini.

ISU bekalan air di Sabah telah menjadi keutamaan kerajaan negeri sekian lama, namun penyelesaiannya tidak selancar sepertimana dirancang atas sebab tindakan daripada pihak-pihak tertentu yang menghalang.

Empangan Kaiduan yang dirancang untuk dibina sebagai penyelesaian bekalan air sehingga 2050 dibantah, antara yang membantah seorang aktivitis pro-PTI yang juga menjadi dalang protes aman ‘KAMIMAHUAIR” anjuran pelajar pro mereka pada petang Jumaat di hadapan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (Menara Kinabalu).

Ramai yang berpendapat sebelum ini protes aman anjuran pelajar UMS benar-benar anjuran persatuan pelajar pendidikan tinggi itu kerana kesan kerapnya berlaku gangguan bekalan air di kawasan kampus, walaupun protes itu tidak perlu dilakukan kerana penyelesaian telah dilaksanakan dan seterusnya bekalan lancar semula.

Apabila protes dilaksanakan juga didapati ianya bukanpun berkisar pada tag protes itu, KAMIMAHUAIR akan tetapi berunsur politik, termasuk laungan, menteri rasuah ( satu dakwaan fitnah).

Dikhabarkan himpunan sekelompok pelajar yang disertai pemimpin parti Warisan dan penyokong telah mendedahkan dalang sebenar isu gangguan air di kawasan Kota kinabalu.

Tindakan menyerahkan memorandum berkaitan bekalan air boleh dilakukan jika tiada tindakan konkrit mengenainya. Isu bekalan air adalah keutamaan kerajaan termasuk dibincangkan dalam kabinet, dibahas pada persidangan Dewan Undang Negeri, boleh dikatakan di setiap sesi persidangan.

Selain itu menteri yang bertangungjawab berkaitan bekalan air dari masa ke semasa mengeluarkan hibahan kepada orang ramai punca-punca gangguan bekalan air.

Gangguan sebelum ini berkisar pada perpaipan usang, penyambungan haram/pencurian air, kini ditambah perbuatan sabotaj.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner, Kasim Muda ketika berunding dengan wakil Perhimpunan Aman #KamiMahuAir di Menara Kinabalu.

Isu bekalan air tidak memerlukan teguran atau protes daripada mana-mana pihak, kerana setiap kerajaan maklum betapa pentingnya kemudahan asas itu pada kehidupan harian rakyat. Oleh kerana keperluan rakyat itu maka kerajaan berbelanja besar menaiktaraf loji-loji penapisan, membina pusat tampanan baharu (intake), empangan, penggantian perpaipan akan tetapi memerlukan masa untuk disiapkan.

Kepada NGO pro PTI pro Parti Warisan, jangan lah mendedahkan kebodohan mendalangi protes yang tidak sepatutnya timbul, kerana kerajaan hari ini tahu/maklum malah sedang rancak menaiktaraf kemudahan asas termasuk bekalan air.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .