Home » Perhimpunan Air: Keterlibatan warga asing satu pengkhianatan
Politik Sudut Pandangan

Perhimpunan Air: Keterlibatan warga asing satu pengkhianatan

Polis mengesahkan penahanan sembilan individu tanpa dokumen pengenalan diri, dipercayai menyertai Perhimpunan #KamiMahuAir Sabah anjuran kumpulan mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) pada Jumaat lepas (14 Jun) - Gambar Hiasan

TIADA kompromi mana-mana pihak samada perseorangan,berkumpulan,NGO atau parti melibatkan warga asing suarakan isu negeri, kerana perbuatan sedemikian satu pengkhianatan pada negara.

Warga asing termasuk yang tidak bernegara tiada hak samasekali ikut campur tangan berkaitan hal ehwal negeri atau negara.

Pihak keselamatan negara perlu bertindak pada pihak-pihak yang melibatkan warga asing sebagai anggota kumpulan sebagai tanda mereka mempunyai ramai penyokong untuk menimbulkan suasana tidak menyenangkan seperti himpunan segelitir mahasiswa UMS yang disertai Ngo/parti dengan membawa bersama bukan warga kononnya menyuarakan masalah air di kawasan kampus.

Ketua Polis Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda, mengesahkan semua individu terbabit ditahan selepas mereka hadir ke tempat perhimpunan berkenaan.

Menerusi himpunan aman pada petang Jumaat di depan Pusat Pentadbiran Negeri Sabah (Menara Kinabalu) oleh sekumpulan pelajar yang dipercahayai ditaja pihak-pihak tertentu mendedahkan bahawa individu yang mengaku sebagai pemimpin sebuah NGO (tidak berdaftar) pada hakikatnya adalah simpatisan parti pembangkang.

Himpunan aman yang bertag #kamimahurair pada hakikatnya tidak perlu kerana apa yang diminta sudahpun ditangani dan selesai.

Kepada rakyat Sabah perlu membuka mata berkaitan tindak tanduk parti pembangkang yang sanggup bersengkokol dengan bukan rakyat, untuk menghura harakan negeri, dan tidak mustahil jika parti itu memerintah negeri – warga asing diberi keistimewaan termasuk kerakyatan.

Ketua pelajar yang dikatakan mengetuai himpunan itu perlu disiasat kerana kemungkinan anggota kumpulan merekrut warga asing atau mereka yang tidak bernegara berselindung di sebalik NGO untuk mengwujudkan kumpulan radikal yang boleh menggugat keselamatan negara.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .