Home » ADUN Sebatik laksana ziarah kasih di PDM Luasong
Berita Tempatan Politik

ADUN Sebatik laksana ziarah kasih di PDM Luasong

SUMBANGAN: Hassan ketika menyampaikan sumbangan bahan binaan rumah.

TAWAU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebatik Datuk Hassan A Gani Pg. Amir melakukan ziarah kasih Pusat Daerah Mengundi (PDM) Luasong, di sini.

Ziarah itu dilakukan sempena Mesyuarat Tahunan Cawangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) di PDM berkenaan.

Beliau yang juga Ketua Bahagian Parti Gagasan Rakyat Sabah Bahagian Sebatik turut menyantuni beberapa ahli cawangan itu.

Selain itu, Hassan mengambil inisiatif menyampaikan sumbangan berupa zink, papan lapis dan tangki air kepada ahli Gagasan Rakyat Sebatik.

Mesyuarat yang diadakan di Dewan Rumah Rehat Pusat Perhutanan, Luasong itu turut dihadiri pemimpin-pemimpin bahagian dan sayap parti.

— Hamzah Sanudin

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment