Home » Keputusan COA 18 Jun 2024 adalah berkepentingan perlembagaan tinggi
Berita Tempatan Politik

Keputusan COA 18 Jun 2024 adalah berkepentingan perlembagaan tinggi

Peguam Besar Negeri Sabah Datuk Brenndon Keith Soherkara itu berikutan maklum balas Kementerian Kewangan kepada pertanyaan di Parlimen pada 16 Julai, bahawa kerajaan melalui Jawatankuasa Teknikal Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (JTMTPMA63) komited untuk membincangkan kadar pemberian khas baharu untuk Sabah.

KOTA KINABALU: Mahkamah Rayuan (COA) pada hari Selasa memutuskan untuk mengekalkan kedudukan pihak Mahkamah Tinggi yang memberikan kebenaran kepada Persatuan Undang-undang Sabah (SLS) untuk meneruskan perbicaraan substantif permohonan semakan kehakiman mereka berkenaan dengan Geran Pemberian Khas 40 peratus yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan. 

Penasihat Undang-Undang kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Brenndon Keith Soh berkata, pihaknya memuji keputusan yang dibuat COA.

“COA dalam menolak rayuan oleh pihak Jabatan Peguam Negara Persekutuan (FAGC) telah tidak bersetuju dengan kenyataan daripada pihak mereka bahawa SLS tidak mempunyai ‘locus standi’ atau bahawa perkara itu adalah ‘nonjusticiable’. 

“Tiada sebarang kos yang dikeluarkan oleh pihak Mahkamah Rayuan (COA). Adalah penting untuk merekodkan bahawa sebelum menyampaikan keputusan itu, pihak kerajaan negeri Sabah (yang diwakili oleh Peguam Besar Negeri Sabah dan saya sendiri) telah diminta dan telah pun mengesahkan pendiriannya secara lisan iaitu isu perlembagaan yang penting ini harus diselesaikan sepenuhnya berdasarkan merit dalam perbicaraan substantif permohonan oleh SLS di Mahkamah Tinggi,” katanya dalam kenyataan di sini,pada Selasa.

Sebagai tambahan, pihaknya juga telah mengesahkan bahawa telah menarik balik penyerahan awal yang dibuat pada 16 Mei 2024. 

“Oleh itu, pihak kami tidak menyokong rayuan yang dibuat oleh pihak FAGC terhadap keputusan Mahkamah Tinggi untuk memberikan kebenaran kepada SLS.

“Selain itu, kerajaan negeri Sabah akan didengar sebagai pihak dalam prosiding di Mahkamah Tinggi. 

“Seperti yang telah dinyatakan oleh pihak COA, ini merupakan kepentingan perlembagaan yang tinggi dan adalah wajar untuk ditafsir secara kehakiman dan ditetapkan sebagai perkara kepentingan awam,” katanya.

Menurutnya, dalam masa yang sama dan secara berasingan, sesi perundingan diantara kerajaan negeri Sabah dengan kerajaan Persekutuan adalah dijangka berterusan mengenai dengan Pemberian Khas Hasil Bersih 40 peratus di bawah Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan seperti yang telah dipersetujui mengikut ‘interim arrangement’ diantara kerajaan masing-masing. 

— TAMAT

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment