Home » Tangani punca penempatan setinggan
Politik Sudut Pandangan

Tangani punca penempatan setinggan

Untuk menangani pencurian/pemyambungan haram, maka tindakan pertama yang perlu dibuat, kenalpasti tanah-tanah yang ditempati milik siapa? Dengan mengenalpasti, maka ambil tindakan pada mereka. Jika tanah itu milik kerajaan atau agensi kerajaan, maka buat keputusan, berkaitan tanah itu termasuk merobohkan struktur haram, tanpa berlengah.

BIASA kita dengar penempatan haram/setinggan kerana perbuatan menceroboh tanah-tanah kerajaan, tetapi pada hakikatnya banyak setinggan menduduki tanah-tanah persendirian.

Mengapa berlaku tanah-tanah persendirian di tempati setinggan? Sebabnya ada yang mengatur bagi pihak pemilik tanah untuk mendapatkan bayaran sebelum tanah-tanah itu dimajukan. Bagi pemilik tanah adalah lebih baik untuk monitise berbanding hanya ditumbuhi lalang.

Kerana protes berkaitan bekalan air maka mendedahkan punca sebenar bekalan terganggu, iaitu pencurian air menerusi penyambungan haram. Juga telah dikenalpasti air tidak berhasil (NRW) kerana pencurian air.

Untuk menangani pencurian/pemyambungan haram, maka tindakan pertama yang perlu dibuat, kenalpasti tanah-tanah yang ditempati milik siapa? Dengan mengenalpasti, maka ambil tindakan pada mereka. Jika tanah itu milik kerajaan atau agensi kerajaan, maka buat keputusan, berkaitan tanah itu termasuk merobohkan struktur haram, tanpa berlengah.

Mentaliti penyambungan haram/pencurian perlu berhenti menerusi penanganan puncanya iaitu, tanah-tanah kosong milik persendirian, agensi kerajaan atau jabatan kerajaan.

Pemilik tanah persendirian yang gagal memajukan tanah yang menjadi punca penempatan haram perlu dikenakan denda yang cukup tinggi, atau diminta menyerahkan semula tanah itu jika masih gagal membangunkannya seperti mana dipohon.

Kerajaan perlu memaksimumkan kutipan hasil daripada tanah.

Hasil kerajaan daripada tanah yang diberikan atau diluluskan pada individu/syarikat tidak dapat dikutip atas sebab pemohon gagal memajukan, malah menjadi punca masalah, kerana “diceroboh” dengan “izin” pemilik, maka berleluasa lah rumah-rumah setinggan, dan pada gilirannya menjadi pencuri air dan letrik.

Adalah mendukacitakan apabila Jabatan Air Negeri Sabah dariada Januari-Mei 2024 telah memotong hampir 700 penyambungan haram pada paip-paip utama, akan tetapi tiada seorangpun dihadapkan ke mahkamah, seolah-olah yang menyambung adalah para mahkluk alimunan yang tidak boleh dikesan. Kata peribahasa Hendak seriu daya tak hendak seribu dalih. Fikir-Fikirkan.

*Suara Rakyat (bukan nama sebenar) merupakan seorang penulis dan pemerhati politik tempatan. Penulisan ini adalah berdasarkan pemerhatian beliau .

About the author

Elle AB

Add Comment

Click here to post a comment